[VIDEO] Ex 'duo' Selangor FC buat reunion semula di Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 07 Nov 2024

Andik (dua dari kanan bawah) antara bekas pemain import yang berjaya memikat hati penyokong-penyokong Gergasi Merah.

PENANG FC memanfaatkan waktu rehat Liga Super minggu ini dengan menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh di Stadium H. Dimurthala, Indonesia pada Rabu (6 November).

Skuad bimbingan Abderrazzak Merzagua itu hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Dylan Wenzel-Halls (Penang) dan Eduardo Brandao (Persiraja Banda Aceh).

Harimau Kumbang menurun kesebelasan utama yang kuat apabila meletakan beberapa pemain kebangsaan seperti Adib Ra'op, Syamer Kutty Abba dan Alif Ikmal untuk merobek gawang gol Persiraja Banda Aceh.

BACA LAGI: 'Loyalty makes us family', seperti diduga, keberadaan Tan Cheng Hoe kini diketahui

BACA LAGI: [VIDEO] Masalah 'home ground' seperti Perak FC, 3 pasukan pilih fasiliti JDT jadi 'rumah sewa'

Pada minit ke-34 permainan, Wenzel-Halls terlebih dahulu meletakan Penang di hadapan sebelum Brandao menyamakan kedudukan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula.

Kedudukan 1-1 terikat sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel tanda tamatnya permainan.

Perlawanan persahabatan itu antara perkara positif yang dilakukan pihak pengurusan Penang dalam memastikan tahap kecergasan pemain-pemain Harimau Kumbang berada dalam prestasi terbaik.

Namun apa yang lebih menarik, Penang juga memberi ruang buat Namathevan Arunasalam untuk bersua muka dengan bekas rakan sepasukannya Andik Vermansyah ketika beraksi bersama Selangor FC pada musim 2014 hingga 2017.

Namathevan yang ketika merupakan pemain muda menyertai skuad utama selepas cemerlang bersama pasukan Piala Presiden pada 2016 sebelum dilepaskan oleh Selangor enam tahun kemudian.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Andik sempat bergambar dan menukar jersi bersama Namathevan selepas memakai lilitan kapten buat Persiraja Banda Aceh.

Musim ini Namathevan telah tampil dalam enam perlawanan bersama Penang di Liga Super, manakala Andik pula cemerlang di Liga 2 Indonesia apabila telah menjaringkan tiga gol dan tiga assist dalam tujuh aksi buat pasukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram