BEKAS bintang Australia, Tim Cahill dikhabarkan akan menjadi watak penting dalam merevolusikan skuad Harimau Malaya yang dilihat semakin ketinggalan jauh dengan negara jiran.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pula menguatkan lagi spekulasi itu dengan memberi bayangan bakal berlaku rombakan melibatkan skuad kebangsaan.
Hal ini berdasarkan pertemuan penting melibatkan Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
BACA LAGI: Selangor FC tebus kontrak, Nooa Laine kini sah milik mutlak Gergasi Merah
BACA LAGI: 'Loyalty makes us family', seperti diduga, keberadaan Tan Cheng Hoe kini diketahui
Bekas penyerang prolifik yang kini berusia 45 tahun itu didakwa cukup akrab dengan Tunku Mahkota Ismail apabila sering dibawa ke mesyuarat penting JDT termasuk melawat ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Ogos lalu.
Sebelum ini, arena bola sepak negara turut ‘kecoh’ apabila Tunku Mahkota Ismail dilaporkan sedia menjalinkan kerjasama semula dengan FAM bagi memulihkan reputasi Harimau Malaya yang tercalar.
Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang jalinan kerjasama bakal dilakukan termasuk penglibatan Cahill nanti.
Selamat datang ke Kelana Jaya.#HarimauMalaya pic.twitter.com/yXg4P13wdu
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) November 4, 2024
Legenda bola sepak Australia itu kini berperanan sebagai Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire pernah melakukan lawatan ke Johor untuk melihat sendiri fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh juara Liga Super itu.
Usaha Tunku Mahkota Ismail itu diterima baik oleh penyokong Harimau Malaya dengan syarat membersihkan semula FAM yang kini dipimpin oleh individu-indvidu tidak layak menerajui bola sepak negara.
"Buang Hamidin (Presiden FAM) dengan ahli-ahlinya dia dulu, duduk lama-lama merosakkan bola sepak Malaysia sahaja," kata Azrul Abdullah.
"Tim Cahill jadi pengarah teknikal lebih sesuai, nak jadi jurulatih risiko yang besar sebab belum ada pengalaman," ujar Palatao Bola.
"Malaysia ini kalau yang pegang Florentino Perez (Presiden Real Madrid) pun tak jadi apa kalau yang dalam (FAM) masih muka sama," jelas Sywl Azhari.
Peranan Cahill bagaimanapun masih belum dipastikan sekiranya benar-benar menyertai Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram