PEMAIN warisan Finland-Malaysia, Nooa Hamzah Laine kini sah menjadi milik Selangor FC selepas dipinjamkan selama semusim oleh pasukannya, SJK Seinajoki.
Pengesahan itu dibuat oleh SJK Seinajoki menerusi satu kenyataan media sosial yang mana Selangor akan menebus kontrak bintang Harimau Malaya itu selepas tempoh pinjamannya selesai.
Nooa menjadi tonggak penting buat Selangor musim ini selepas beraksi dalam 20 perlawanan buat Gergasi Merah di semua kejohanan domestik dan antarabangsa.
BACA LAGI: 'Loyalty makes us family', seperti diduga, keberadaan Tan Cheng Hoe kini diketahui
BACA LAGI: Keputusan MFL, Perak FC satu penghinaan buat penyokong — Bekas YDP Majlis Perbandaran Manjung
Menurut Pengarah Teknikal SJK Seinajoki, Richard Dorman, dia amat gembira dengan perkembangan yang dilalui oleh Nooa dan berharap akan terus maju di masa akan datang.
"Obligasi pembelian dalam perjanjian pinjaman Laine pada musim ini di Malaysia telah diaktifkan dan dia akan menjadi pemain Selangor FC secara perpindahan tetap.
"Trajektori Laine di Seinajoki telah selaras dengan rancangan dan kami sangat gembira kerana seorang lagi pemain yang telah melalui laluan kami akan bergerak ke depan dalam kariernya.
"Kami berharap Nooa bahagian dengan masa depan dan kesinambungan kerjayanya," katanya.
Sebelum ini perpindahan Nooa menjadi kontroversi apabila dia didakwa memilih Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum menyertai Selangor pada jendela perpindahan musim ini.
Permintaan gaji yang tinggi diletakkan oleh ejen pemain itu dipercayai menjadi punca perpindahan Nooa ke JDT tidak berlaku.
Bersama Selangor, Nooa merupakan tonggak utama di barisan tengah pasukan yang menyaksikan dia telah melakukan tiga bantuan jaringan.
Dengan penebusan kontrak oleh Selangor itu memberi gambaran bahawa Nooa pastinya berada dalam perancangan jurulatih baharu yang akan dibawa masuk oleh pihak pengurusan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram