[VIDEO] Pernah cemerlang bantu Indonesia, bekas pemain tengah Sang Garuda ditahan kes dadah


  • Podium
  • Khamis, 07 Nov 2024

Bekas pemian Sang Garuda, Syakir Sulaiman (tengah) ditahan polis.

BEKAS pemain tengah pasukan kebangsaan Indonesia, Syakir Sulaiman yang pernah mencipta nama dalam skuad Bawah-23 (B-23) Tahun ditahan oleh pihak polis Cianjur kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Syakir yang pernah beraksi cemerlang bersama kelab seperti Sriwijaya FC dan Bali United terpaksa beralih ke dunia gelap selepas mengalami kecederaan berpanjangan yang memaksanya berhenti bermain bola sepak.

Menurut pihak polis, Syakir mengedar dadah jenis Tramadol dan Heximer dengan tujuan untuk menampung kehidupannya selepas tidak lagi dapat bermain bola sepak.

BACA LAGI: 'Pembelian berbaloi', fans Harimau Selatan puji Murilo tapi Corbin Ong pula dikritik

BACA LAGI: 'Dah macam wakil regu Thailand', fans Malaysia seram 'line-up' Royal Thai Air Force anggap bawa misi balas dendam Piala Dunia

Tambahnya lagi, dia terlibat dalam najis dadah itu sejak dua tahun lalu yang berperanan sebagai pembekal haram di Cianjur.

"Dia cedera di kaki dan pulang ke Cianjur iaitu kampung halaman isterinya.

"Tanpa pendapatan tetap selepas berhenti bermain bola, dia terpaksa mengedar dadah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cianjur, AKP Tono Listianto.

Syakir didakwa di bawah undang-undang mengenai kesihatan dan dadah terlarang dengan hukuman maksimum penjara 12 tahun atau denda sebanyak Rp 5 bilion (RM1.5 juta).

Selain menangkap Syakir, polis turut merampas 2,700 pil haram pelbagai jenis yang sudah sedia untuk diedarkan.

Menurut pihak polis, siasatan terhadap rangkaian pengedar dadah ini masih diteruskan oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram