SELANGOR Red Giants (SRG) sekali lagi mempertahankan gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (MPL) Malaysia Musim ke-14 selepas menewaskan Team Vamos di Kompleks Sukan EduCity di Johor Bahru, Johor pada Ahad.
Pasukan yang dibarisi Mark Genzon Sojero Rusiana (kramM), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (YumS) dan John Vincent Banal (Innocent) menang selepas menewaskan pasukan Vamos 4-2 pada perlawanan tersebut.
Kemenangan yang sudah dijangka itu turut disambut meriah pada hari terakhir pertandingan tersebut.
BACA LAGI: Warga emas nyanyuk tak sedar anak sudah meninggal 5 hari sehingga polis datang di Tanah Merah
Namun di sebalik kemenangan itu, terselit kisahnya yang tersendiri di mana seorang pengguna media sosial Amir Syafiq meluahkan rasa kecewa melihat semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh pasukan Team Vamos selepas kalah kepada SRG.
Dakwa individu terbabit, pasukan yang dimiliki Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz dalam kalangan peminat sukan e-Sport itu tidak menghormati pasukan lain dan bersikap angkuh.
"Kalah terus lari belakang, tidak ada sportmanship dan tak salam dahulu pasukan lawan. Walaupun pengulas, Cheryll panggil semula ke atas pentas.
"Dalam kamera hanya dapat tunjuk mereka ini turun dari pentas selepas itu menghilangkan diri.
"Semalam (Sabtu) boleh raikan kemenangan depan pemilik dan peminat pasukan Todak. Mereka (Todak) datang bagi sokongan tetapi kenapa nak kena buat macam itu pada fans yang datang... mereka (fans) tak kacau pun," tulisnya.
Amir Syafiq turut menasihati Soloz untuk menegur anak buahnya untuk lebih berdisiplin.
"Soloz kena ajar sikit profesional, adab dan semangat kesukanan. Padan la muka kalah dua musim berturut-turut dengan angkuh macam seperti itu.
"MPL PH n ID pun ada dua-dua team dekat atas pentas. Masa trophy celebration baru mereka turun," katanya.
Untuk makluman, Team Vamos dibarisi pemain dibarisi Muhd Nazhan Mohd Nor (Chibi), selain Mohd Zulhisyam Mohd Nor (Xorn), Rizky Agustian (Warlord), Aeliff Adam Md Ariff (Smooth) dan Kenneth Sablande Barro (Nets).
Walaupun tidak memenangi pasukan tersebut, Team Vamos mengesahkan tempat automatik ke Kejohanan Dunia M6 yang akan berlangsung bermula 21 November ini di Kuala Lumpur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram