
RATU trek, Annie Choong yang merupakan wanita Malaysia pertama mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik meninggal dunia pada Sabtu.
Annie meninggal dunia pada usianya 90 tahun dan sudah membuka jalan kepada atlet wanita Malaysia untuk menyarungkan baju kebangsaan pada Sukan Olimpik Melbourne 1956 dengan beraksi dalam acara 100 meter (m) wanita.
Pada usia 22 tahun, Annie merupakan wanita pertama dan satu-satunya bertanding dalam edisi itu untuk Malaysia yang pada waktu itu dikenali sebagai Malaya.
BACA LAGI: Kepala terkena papan anjal, imbasan CT Tze Liang normal — Hannah Yeoh
BACA LAGI: Kepala terkena papan anjal, Tze Liang dikejarkan ke hospital beberapa hari sebelum hari jadi
Sejak itu, ramai atlet wanita termasuk Datuk B. Rajamani, Datuk Marina Chin, Datuk Zaiton Othman dan Datuk Pandelela Rinong yang mengikut jejaknya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Malah, penerjun negara Pandelela juga membanggakan Malaysia dengan menjadi wanita pertama memenangi pingat di Sukan Olimpik.
Annie dalam pada itu pernah bertanding dalam edisi kedua dan ketiga Sukan Asia pada 1954 di Manila, Filipina dan 1958 di Tokyo, Jepun.
Beliau juga dilantik Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2017. — The Star/RAJES PAUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram