
KEPUTUSAN imbasan CT penerjun negara Ooi Tze Liang yang cedera ketika beraksi dalam acara tiga meter (m) papan anjal akhir lelaki di Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional dekat Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu normal.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sudah menghubungi atlet berusia 30 tahun itu selepas mendapat tahu kepala Tze Liang terhantuk papan anjal pada terjunan kedua.
BACA LAGI: Kepala terkena papan anjal, Tze Liang dikejarkan ke hospital beberapa hari sebelum hari jadi
"Saya sudah mesej dia dan dia baik-baik sahaja. Dia boleh WhatsApp saya. Dia sedang diperiksa oleh doktor dan dia kata jangan risau dan laporan imbasan CT adalah normal.
"Itu sangat melegakan, saya lihat video itu dan bagaimana mereka tergesa-gesa memberinya bantuan segera.
"Institut Sukan Negara (ISN) adalah pihak pertama yang memaklumkan perkara ini kepada saya jadi saya beritahu CEO untuk melihat jenis rawatan yang boleh kita lakukan untuknya," katanya pada Ahad.
Pada Sabtu, Tze Liang cedera di kepala semasa melakukan terjunan kedua di mana kepalanya terhantuk bahagian hujung papan anjal selepas melakukan lompatan ke dalam kolam.
Kecederaannya itu sekali gus menyebabkannya tidak dapat menghabiskan acara tersebut. — The Star/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram