Main setakat liga domestik, ke mana hilangnya bakat pemain futsal semasa kebangsaan?


  • Podium
  • Ahad, 03 Nov 2024

Banyak pemain muda berbakat dalam skuad futsal Harimau Malaya kendalian Rakphol Sainetngam yang wajar mendapat peluang ke luar negara. — Facebook/FAM

FUTSAL bukanlah sukan baharu yang perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai susulan ia sudah bertapak di tanah air pada sekitar 90-an dengan menyaksikan pelbagai kejohanan damestik dan antarabangsa telah disertai Malaysia.

Misalnya, skuad futsal Malaysia pernah beraksi di pentas Piala Dunia Futsal 1996, Sepanyol selepas berhasil melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 1996 zon Asia Tenggara di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perjalanan skuad kendalian Vic Hermans ketika itu terhenti setakat peringkat kumpulan selepas tewas pada ketiga-tiga perlawanan setelah tunduk 1-10 kepada Itali, 1-4 menentang Uruguay dan tumbang 2-10 pada aksi terakhir bertemu Amerika Syarikat.

BACA LAGI: Bintang import Korea sedih hidup ibarat pendatang haram, ejen minta FAM-MFL bertindak atau bawa kes ke FIFA

BACA LAGI:: Hilang sentuhan 'otai', Penang Black Panther antara 3 pasukan gagal ulangi kejayaan di GP Johor

Selain penyertaan Piala Dunia 1996, skuad futsal tanah air juga pernah mengikuti Kejohanan Futsal Asean, Piala AFF Futdal, World 5's Futsal, Sea Games Futsal, OFC

Futsal dan beberapa kejohanan futsal jemputan.

Penyertaan beberapa kejohanan futsal peringkat antarabangsa, dicampur dengan saingan liga domestik secara tidak langsung membuka pintu peluang kepada bakat-bakat tanah air untuk berkelana ke liga luar negara.

Antara nama-nama pemain futsal Malaysia yang pernah mencipta nama di saingan liga luar negara ialah Muhammad Firdaus Zulkefli menjadi bakat pertama dari Malaysia beraksi dalam saingan Liga Futsal Thailand dengan menyarung jersi National Telecom FC bagi musim 2022.

Liga Futsal Profesional Indonesia juga menyaksikan sebanyak dua pemain tanah air iaitu Mohd Zuhairi Sholahuddin menyertai Brilyan FC pada 2012 dan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin yang bersama SKN Kebumen pada 2018 pernah mencipta nama di negara itu.

WhatsApp Image 2024-11-02 at 19.59.32

Mohd Zuhairi (kanan) ketika menyarung jersi Brilyan FC pada 2012. — Bola Bola

Yazid Kamaruzuan pula mencipta sejarah beraksi di Australia bersama Vic Vipers FC secara pinjaman pada 2018 bagi membantu pasukan itu mengharungi Kejohanan Kelab AFC 2018, selain pernah menyarung jersi kelab Cambio Cumbre FC.

Bagaimanapun, peristiwa bersejarah pemain futsal tanah air berkelana di luar negara terhenti pada 2022 dan sejak musim lepas, tiada seorang tonggak tempatan berhasil memikat hati kelab-kelab negara jiran mahupun pasaran lain.

Jumlah pemain futsal tanah air yang pernah beraksi di luar negara itu adalah bilangan kecil jika dibandingkan dengan bola sepak, apabila menyaksikan seramai lima tonggak negara musim ini sedang meraih pengalaman di luar negara.

Lima pemain bola sepak Malaysia yang sedang beraksi bersama pasukan luar negara ialah Dion Cools (Buriram United), Fergus Tierney (Chonburi), Luqman Hakim (Yokohama SCC), Luqman Hakim (Yokohama SCC) dan Muhammad Abu Khalil kini bersama kelab Jepun, FC Osaka.

WhatsApp Image 2024-11-02 at 20.01.22

Selepas cemerlang ketika sesi ujian, FC Osaka terus menyambar 'ubi muda' Selangor, Muhammad Abu Khalil. — Facebook/SelangorFC

Menjadi persoalan, adakah saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) yang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kurang kompetitif sehingga menutup mata kelab luar negara memancing bakat domestik.

Malah, persoalan juga perlu dituding ke arah badan induk bola sepak negara itu yang kurang memberi perhatian kepada bakat tempatan sehingga menyaksikan mereka terkubur selepas melepasi kemuncak karier.

Bakat seperti Syahir Iqbal dan Awalluddin Mat Nawi sepatutnya perlu diperkenalkan lagi di peringkat antarabangsa dengan peluang memasarkan mereka ke negara jiran akan menggalakkan lagi perkembangan 'ubi muda' futsal pada masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram