Kemeriahan pesta makanan di George Town tarik pengunjung pelbagai latar belakang


  • Massa
  • Ahad, 03 Nov 2024

Pesta makanan itu menarik pengunjung dari pelbagai lapisan masyrakat yang tidak mahu melepaskan kemeriahan itu.

PENGGEMAR makanan sudah tentu bergembira apabila mereka hadir memeriahkan Pesta Makanan Antarabangsa Penang (PIFF) di Tanjong yang menyediakan pelbagai pilihan menyelerakan sejak bermula Sabtu lalu.

Meskipun hujan turun untuk beberapa minit, ribuan pengunjung yang hadir masih dapat menikmati juadah enak disediakan kira-kira 100 penjual di gerai dibuka sepanjang Beach Street serta sebahagian dari Church Street dan Bishop Street.

Ramai daripada mereka kelihatan beratur untuk merasai kenikmatan juadah disediakan di gerai-gerai yang dibuka sementara ada juga memilih untuk memenuhi restoran.

BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang

BACA LAGI: KKM siasat kes kematian doktor di Hospital Pulau Pinang

Malah, beberapa hotel yang menjadi pusat penginapan pilihan pengunjung turut menyediakan beberapa pilihan tumpuan, termasuk manis-manisan dan minuman bagi merancakkan lagi pesta makanan itu.

Tidak cukup dengan itu, cef selebriti, Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam turut hadir bagi berkongsi tips dan resipi masakan buat mereka yang berminat.

2997269

Pelbagai makanan menyelerakan disediakan buat pengunjung dari dalam dan luar negara.

Persembahan meriah turut disaksikan dengan tarian singa memukau orang ramai yang hadir dengan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya sambil merasai juadah disediakan.

PIFF merupakan majlis yang dianjurkan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying dengan sokongan kerajaan negeri serta beberapa lagi entiti swasta dan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng berkata, keputusan untuk menganjurkannya semula adalah cukup baik bagi George Town kerana ia sebelum ini diadakan di beberapa lokasi berbeza sekitar Pulau Pinang.

"Ia menyajikan makanan terbaik yang cukup sinonim dengan Penang selain membuktikan kami merupakan 'syurga makanan'. Kami harap penganjuran ini dapat memuaskan pengunjung dari dalam dan luar negara.

PIFF diadakan sehingga pukul 11 malam Ahad dengan juadah dan persembahan sama disediakan sebelum diadakan buat kali kedua di Batu Kawan pada 9 dan 10 November depan. — The Star/JEREMY TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram