IBU bapa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak di dalam atau luar Kawasan kediaman.
Setiap gerak-geri anak terutamanya yang masih kecil juga perlu pemantauan ketat bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya.
Ditambah pula dengan pelbagai ancaman seperti kes culik dan bunuh kanak-kanak yang semakin berleluasa di negara ini seperti seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang diculik ketika mengambil makanan di dalam kereta di parkir rumahnya di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, Selangor pada 8 Oktober lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kaki golf' berganding bahu, gigih angkat kereta halang laluan bas
BACA LAGI: Amalan ‘bertapa’ seorang diri tiada kaitan mistik, ilmu silat banyak bergantung pada doa
Kes culik kanak-kanak di Malaysia yang agak membimbangkan terutamanya buat golongan ibu bapa. — Gambar hiasan/Agensi
Disebabkan itu, terdapat sesetengah ibu bapa mengambil mengambil beberapa langkah untuk mengawasi anak mereka.
Akui bimbang dengan bahaya sekarang, Nur Hidayah Mustaffah Ramadan dan suaminya, Mohd Azman Mat Salleh tetap mengutamakan empat orang anaknya meskipun mempunyai jadual kerja yang padat setiap hari.
Pasangan suami isteri berusia 39 tahun itu berkata, mereka terpaksa memilih sesi kerja berbeza untuk menjaga dan memantau pergerakan anak-anaknya terutama apabila Waktu persekolahan.
Nur Hidayah berkata, dia dan suami tidak boleh bekerja pada hari yang sama kerana bimbang akan mengganggu rutin harian anak-anaknya.
Nur Hidayah (dua dari kiri) yang sentiasa mengawasi anak-anaknya di luar kawasan kediaman.
Penduduk di Taman Melor, Serendah, Selangor itu juga berkata, walaupun belum ada sebarang kejadian berbahaya berlaku di Kawasan perumahannya, mereka tetap sentiasa memantau keberadaan anak-anak.
"Memang kita rasa takut sebab itu tak lepaskan anak-anak sekarang.
"Maksudnya kalau mereka keluar pergi keluar dengan kawan, taman permainan atau aktiviti laian pun kena ada pemantauan.
"Kalau di sekolah pula kami sendiri yang pergi hantar dan ambil setiap hari untuk pastikan mereka selamat," katanya kepada Majoriti.
Nur Hidayah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Selayang itu juga perlu bergilir-gilir dengan Mohd Azman yang bertugas sebagai anggota polis di Serendah.
Nur Hidayah juga tidak menghalang anak-anaknya menyertai aktiviti atau program dianjurkan di kawasan perumahan. — Gambar hiasan
Kata Nur Hidayah, kesemua anaknya, Muhamad Arif Hasif, 11, Muhammad Aathif Hazim,6, Nur Aleesa Husna, 8, Nur Alya Hannah, 13, pada awalnya menaiki van untuk ke sekolah dan pulang ke rumah.
Namun, Nur Hidayah mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan itu kerana mahu memastikan keselamatan anak-anak dengan lebih terperinci sejak Covid-19.
Nur Hidayah juga sentiasa memberi pendedahan tentang risiko dan bahaya yang terdapat di kawasan persekitaran terutamanya ketika di sekolah.
Nur Hidayah mengambil langkah tidak menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk memastikan anak-anak selamat pergi dan pulang. — Gambar hiasan/The Star
"Kami memang selalu pesan dan tunjukkan mereka video berita tentang kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia sekarang.
"Kalau di sekolah pula, saya selalu ingatkan anak-anak jangan terima apa-apa termasuk gula-gula atau coklat daripada orang tak dikenali.
"Jadi, mereka faham dan sentiasa berwaspada dan tak pergi ke mana-mana sesuka hati. Walaupun mereka nak libatkan diri dalam aktiviti taman pun kami akan bawa," tambahnya.
Nur Hidayah sekeluarga yang kerap melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti Karnival Sukan Rakyat pada 19 Oktober lalu bagaimanapun tidak menghalang anak-anaknya untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan di luar rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram