KKM siasat kes kematian doktor di Hospital Pulau Pinang


  • Primer
  • Khamis, 17 Okt 2024

Kes kematian seorang doktor di Hospital Pulau Pinang dikatakan berkait dengan isu buli di tempat kerja. — Facebook/Hospital Pulau Pinang

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sudah melancarkan siasatan berhubung kematian seorang doktor di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan terdapat laporan mengatakan dia menjadi mangsa buli.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, siasatan dalaman segera sudah dilakukan pihaknya sejurus mereka menerima aduan mengenai insiden berkenaan.

Beliau turut menjelaskan kementerian itu berkemungkinan akan menubuhkan satu badan bebas untuk melakukan penyelidikan mendalam sebelum langkah lanjut diambil sebagai respons kepada Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

BACA LAGI: Berpotensi hadapi trauma, KKM bantu kanak-kanak GISB rawat kesihatan mental

BACA LAGI: [VIDEO] KKM tegur pengendali makanan guna air parit cuci periuk patuh arahan

PUTRAJAYA, 7 Mei -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa sidang media selepas majlis perjumpaan dengan warga Kementerian Kesihatan bulan Mei 2019 bertemakan 'Pekerja Amanah, Aspirasi Negara' hari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dzulkefly menegaskan pihaknya akan melakukan siasatan secara telus dan menyeluruh.

"Kami sudah melakukan segera sejurus menerima aduan dengan tindakan itu diambil berdasarkan prosedur yang sama seperti diambil pada 2018," kata Dzulkeflu ketika Jawapan Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sebagai respons kepada soalan Lee Chuan How pula, Dzulkefly memaklumkan hasil daripada siasatan jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian pakar patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Mendiang Dr Tay Tien Yaa yang merupakan pakar di institut kesihatan tersebut ditemui meninggal dunia pada 29 Ogos lalu di rumah sewanya selepas terdapat laporan isu buli di tempat kerja.

Dzulkefly turut berkata kepada Ahli Parlimen bahawa tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat sekiranya siasatan mendapati kejadian terjadi akibat kes buli, sama ada terdapat unsur jenayah atas kematiannya mahupun tidak.

459504101_8747129875297123_4648182463738771250_n

Dr Tien Yaa dilaporkan meninggal dunia beberapa bulan lalu.

"Pada 2018, saya menggugurkan seorang ketua jabatan di salah sebuah hospital kementerian sekitar Lembah Klang atas kesalahan membuli rakan sekerja meskipun dia adalah senior," katanya.

Menteri berkenaan turut menggariskan kepentingan menekankan sikap telus sambil menegaskan hasil siasatan akan dikongsikan untuk tujuan memberi pengajaran dalam kalangan Ahli Parlimen.

Beliau juga menegaskan badan khas yang ditubuhkan diketuai bekas Ketua Setiausaha Kerajaan, Tan Sri Borhan Dollah bermula 10 Oktober, iaitu selepas siasatan KKM terhadap kematian Dr Tay tamat.

Badan khas itu dibentuk bagi menjalankan siasatan mendalam, memahami situasi sebenar berhubung kematian itu selain mengenal pasti sama ada unsur buli terlibat dengan siasatan penuh akan diberikan selepas tiga bulan pembentukannya.

"KKM memandang serius mengenai isu buli dan kami akan sentiasa mengendalikan hal sedemikian dengan telus selain meminta laporan daripada siasatan dilancarkan," katanya. — The Star/KHOO GEK SAN, MARTIN CARVALHO dan And JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram