Bapa Luqman Hakim meninggal dunia


  • Podium
  • Ahad, 03 Nov 2024

Allahyarham Shamsudin (dua dari kiri) sering memberikan sokongan dalam karier penyerang negara berkenaan.

BERITA menyedihkan diterima penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin apabila bapanya, Shamsudin Mahmood pulang ke rahmatullah pada pukul 1.30 petang Ahad.

Perkara itu dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instastory peribadinya.

"Assalamualaikum, innalillahwainnailahirojiunn. Ayah saya, Shamusdin Mahmood telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Ahad (3 November) pukul 1.30 petang tadi," tulisnya.

BACA LAGI: Ejen Luqman Hakim bongkar gaji Kim Pan-gon cecah hampir RM200,000, FAM anggap sudah selesai

BACA LAGI: Bersaing dengan bintang Pahang dan Selangor, Luqman Hakim fokus bantu Malaysia

WhatsApp Image 2024-11-03 at 4.04.21 PM

Berita pilu itu dikongsikan Luqman Hakim di Instagram peribadinya.

Luqman yang pernah bermain bersama Njarovk FC lahir dari projek bola sepak Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Sebagai rekod pemain kelahiran Kelantan itu memegang status kontrak pemain pinjaman.

Kontraknya bersama kelab Belgium, KV Kortrijk untuk tempoh lima tahun hingga 2025 dan hanya boleh berpindah sebagai ejen bebas pada tahun depan.

Dia kini beraksi di liga bawahan Jepun bersama Yokohama SCC, namun gagal membawa impak ketara buat pasukannya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram