KEDAH Darul Aman FC berpotensi untuk menemui pemilik baharu apabila DSAT Group Sdn Bhd dilaporkan berminat untuk memiliki Sang Kenari.
Entiti yang diketuai oleh Datuk Seri Azizul Tandek itu dilaporkan benar-benar mahu mendapatkan Kedah dari Tan Sri Dr Daud Bakar.
Katanya, usaha kali ini bukan angan-angan kosong dan DSAT Group begitu serius untuk mengambil alih Kedah dan mengeluarkan kelab itu daripada waktu sukar.
BACA LAGI: DSAT Group perlu lebih 'berani', sedia ikut syarat jika mahu miliki Kedah
BACA LAGI: 'Semoga dimudahkan urusan', kepak Kenari beri DSAT Group 'lampu hijau' ambil alih Kedah
Azizul (kanan) begitu serius untuk mengambil alih Kedah daripada Daud (kiri).
Berita mengenai DSAT Group itu nyata menimbulkan keterujaan dalam kalangan penyokong Kedah. Bagi mereka, inilah peluang untuk membaiki semula dan meletakkan kelab dalam keadaan lebih baik.
Walaupun keterujaan itu ada, tetapi masih ada penyokong yang masih berwaspada dengan tawaran diberikan oleh DSAT Group.
Saat mereka menyambut baik kehadiran DSAT Group, ada penyokong berharap supaya mereka tidak memberikan harapan palsu untuk membaiki pasukan kerana tidak mahu Kedah terus terperangkap dalam isu kewangan.
"Risau merudum (lepas ambil alih) nanti saham kelab tak menjadi-jadi," komen penyokong bernama Ku Faizal Ku Adnan.
"Apa pun dana dari mana-mana penaja pun mestilah diuruskan dengan baik barulah tiada masalah di kemudian hari. Paling penting, sesiapa yang menguruskan kewangan haruslah amanah dan integriti yang tinggi," ujar Razim Aminuddin.
"Janganlah ambil alih tetapi bergandingan dengan Tan Sri Daud untuk tambah dana supaya masalah gaji tidak timbul dan boleh sediakan pelapis utk masa depan," kata Amer Mukminin.
"Satu saja nak minta, kalau jadi ambil alih tu buat elok-elok. Kami tak mahu Kedah jadi macam kelab-kelab lain yang teruk lepas pengurusan baru ambil sebab tak pandai nak urus," pesan Halim Hamdan kepada DSAT Group. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram