'Ibarat final', aksi TFC-Penang berpotensi ‘hidupkan’ semula musim suram


  • Podium
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Aksi Terengganu-Penang cukup penting untuk kedua-dua pasukan mencari tiga mata.

SAINGAN Liga Super akan kembali bersambung pada Jumaat dengan aksi tumpuan akan terarah kepada pertemuan antara Penang FC dan Terengganu FC.

Kedua-dua pasukan bukanlah berada di puncak liga tetapi perlawanan antara mereka masih mempunyai sebab yang penting kenapa tumpuan harus terarah kepada Harimau Kumbang dan Sang Penyu.

Dengan kedua-duanya tidak berprestasi baik, tiga mata daripada aksi kedua-dua pasukan boleh menentukan hala tuju musim mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Penang kilang Puskas', jaringan memukau keeper muda Harimau Kumbang imbau kenangan gol Faiz Subri

BACA LAGI: 'Buat macam Terengganu', TMJ cadang pakai rumput Bermuda elak padang berlumpur

Prestasi sedang merudum

Tidak dapat dinafikan yang Penang dan Terengganu masing-masing sedang berada dalam isu prestasi tidak menentu.

Dalam lima perlawanan terakhir Liga Super, Penang dan Terengganu tidak mencatatkan sebarang kemenangan dengan Harimau Kumbang seri satu dan tewas empat. Manakala, Sang Penyu seri tiga dan dua kalah.

464499546_543496425058463_764502819675910245_n

Terengganu mencatatkan tiga seri dalam lima perlawanan terakhir liga.

Melihat kepada prestasi semasa, kedua-dua kelab tidak berada dalam keadaan baik walaupun Terengganu mempunyai rekod sedikit lebih baik berbanding Penang.

Oleh itu, siapa yang berjaya meraih tiga mata bukan saja mendapat kemenangan, tetapi mendapat motivasi untuk meneruskan musim.

Peluang tingkatkan motivasi

Seperti yang dikatakan sebelum ini, salah satu pasukan yang meraih kemenangan bukan saja mendapat tiga mata tetapi memperoleh suntikan semangat untuk meneruskan musim.

Dalam situasi ini, kemenangan Penang dilihat lebih signifikan kerana mereka mempunyai prestasi semasa yang lebih teruk berbanding Terengganu.

464730461_1113269163647070_4636121670573232128_n

Penang tewas 0-4 kepada Sabah di laman sendiri.

Bagi Terengganu pula, kemenangan di tempat sendiri akan menaikkan semangat selepas mencatatkan rekod tidak berapa baik terutamanya dalam saingan Piala Shopee dekat Gong Badak.

Jika perlawanan berakhir dengan seri, ia pastinya akan terus menjatuhkan motivasi kedua-dua kelab kerana gagal mendapatkan kemenangan.

Elakkan kekalahan untuk terus merudum

Menyedari kedua-dua kelab mempunyai masalah dari sudut prestasi, pastinya mereka ingin mengambil kesempatan antara satu sama lain bagi mendapatkan kemenangan.

Sudah semestinya, Terengganu dan Penang akan meningkatkan permainan mereka supaya berjaya mendapatkan tiga mata sekali gus menamatkan rentetan prestasi buruk.

Jika tewas, ia pasti akan terus merosakkan motivasi bagi meneruskan musim dengan kemenangan semakin samar dan sukar untuk dicapai.

Perlawanan ini pastinya menarik untuk disaksikan terutamanya bagi penyokong kedua-dua kelab. Dan untuk pemerhati neutral, ia pastinya menyajikan aksi hangat antara kedua-dua kelab yang terdesak mahukan tiga mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram