PERLAWANAN separuh akhir antara Nepal dan India dalam Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) pada Ahad dicemari dengan keputusan kontroversi pengadil.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Dasharath, Kathmandu, Nepal itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menyingkirkan India dengan keputusan 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Namun, perlawanan itu tidak terkecuali daripada kontroversi kerana ketika perlawanan itu berlangsung, pengadil bertindak memulakan aksi ketika pasukan India masih belum bersedia.
Menerusi video yang tular di laman Facebook, berlaku kekeliruan antara kedua-dua pasukan apabila pengadil membenarkan pemain Nepal memulakan semula perlawanan sementara kesemua pemain India tidak berada dalam kawasan padang.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak cukup langgar kereta polis, rider tak bersalah pun jadi mangsa di Bintulu
BACA LAGI: [VIDEO] Polis sahkan bukan gempa bumi atau letupan kuari, dentuman kuat di Ipoh kekal misteri
Melihat kepada peluang keemasan itu, pemain Nepal berjaya mengambil peluang dengan mencetak gol penyamaan 1-1.
Bagaimanapun, jaringan tersebut dibatalkan apabila difahamkan perlawanan belum bermula secara rasmi.
Walaupun permainan akhirnya disambung semula, pemberhentian itu telah menjejaskan tumpuan India dalam permainan.
Nepal akhirnya menjaringkan gol penyamaan sejurus aksi bermula apabila perlawanan ditangguhkan lebih 70 minit selepas kesilapan pengadil dan berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Berang dengan keputusan pengadil tersebut, rata-rata penyokong bola sepak tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan.
"Pengadil yang salah, sepatutnya jangan tiup wisel selagi pemain kedua-dua pasukan berada di atas padang," kata Subhransu Roy.
"Kalau tengok undang-undang bola sepak, gol tersebut batal kerana kesemua pemain perlu berada dalam padang," kata Michael Leong.
"Pengadil patut pastikan semua pemain berada dalam padang, nampak sangat tak adil," kata Sun Kumar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram