Tol percuma 28, 29 Oktober sempena sambutan Deepavali


  • Primer
  • Isnin, 28 Okt 2024

Faedah itu akan dinikmati kesemua pengguna kenderaan persendirian sehingga 30 Oktober ini.

PENGGUNA jalan raya yang menggunakan kenderaan persendirian akan menikmati faedah tol percuma di lebuh raya pada Selasa dan Rabu sempena sambutan Deepavali.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kemudahan itu akan dinikmati mereka yang menggunakan kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di seluruh negara.

"Kos pemberian pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh Kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

BACA LAGI: Tol percuma 8 dan 9 April sempena Aidilfitri

BACA LAGI: Tol percuma 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

WhatsApp Image 2024-10-28 at 10.35.03 AM

Bayaran tol masih dikenakan di Tol BSI dan Tanjung Kupang. Facebook/Kementerian Kerja Raya

"Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama kerajaan iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” jelas beliau.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang yang kedua-duanya terletak di Johor.

Alexander Nanta, mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua Syarikat Konsesi Lebuh Raya juga sempat memohon semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

"Berehatlah jika keletihan dan mengantuk. Bersama-samalah kita semua bekerjasama dalam menjadikan lebuh raya kita selamat, bersih dan selesa serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya Malaysia," kata beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram