Penjawat awam yang sambut Deepavali boleh ambil cuti tambahan — JPA


  • Primer
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Penjawat awam beragama Hindu dibenarkan mengambil cuti sehari sebelum atau selepas Deepavali. — Gambar hiasan/The Star

KERAJAAN bersetuju untuk memberikan cuti tanpa rekod (CTR) selama sehari sempena Deepavali bagi penjawat awam beragama Hindu.

Mereka dibenarkan mengambil cuti sehari lebih awal iaitu pada malam Deepavali atau hari kedua Deepavali.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, penggunaan CTR tertakluk kepada penerimaan pihak syarikat masing-masing dan pekeliling berhubung perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua penjawat awam seluruh negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

BACA LAGI: Sudah seminggu tanpa tindakan, ibu buntu kesihatan anak merosot akibat dibuli, ditendang di sekolah

BACA LAGI: Anggur premium tumbuh di negara 4 musim hidup subur di Gopeng

"Hari Deepavali 2024 jatuh pada 31 Oktober. Sehubungan itu, CTR sehari diberi bagi penjawat awam yang beragama Hindu dan berkhidmat di negeri yang Hari Deepavali cuti am adalah pada 30 Oktober atau 1 November nanti.

“Kerajaan mengucapkan selamat menyambut Deepavali dan semoga cuti tambahan ini dapat memberi lebih ruang kepada warga kerja menyambut sambutan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Deepavali yang jatuh pada 31 Oktober itu diisytiharkan sebagai cuti umum persekutuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram