MOMENTUM jelas berada di pihak Sabah FC ketika ini dalam saingan Liga Super sejak saingan kembali bersambung selepas berehat kerana memberi laluan untuk aksi bola sepak antarabangsa.
Dalam dua perlawanan diharungi Sabah, mereka mempamerkan persembahan cemerlang apabila berjaya meraih dua kemenangan di tempat lawan iaitu bertemu Perak FC dan Penang FC.
Lebih menarik, dalam dua perlawanan itu mereka menghasilkan lapan jaringan dengan menewaskan Perak 4-2 dan Penang 4-2.
BACA LAGI: 'Ada 3 negeri sudah cukup', Hannah jawab isu Sabah tarik diri Sukan SEA 2027
BACA LAGI: [VIDEO] Darren Lok hamstring, 3 kelab utara perlu bijak ambil kesempatan nasib malang kem Sabah
Saddil boleh jadi watak penting Sabah kalahkan Kedah.
Bagi legenda bola sepak Sabah, Matlan Marjan, dia melihat peluang untuk skuad Badak meraih tiga mata berturut-turut besar ditambah dengan beraksi di laman sendiri.
"Saya rasa Sabah dapay meneruskan kemenangan menentang kedah kerana kita maklum pasukan Kedah masih dalam keadaan berbagai masalah.
"Bermain di laman sendiri satu kelebihan kerna mendapat sokongan dari penyokong-penyokong tuan rumah. Mereka memang datang beramai-ramai kerana yakin kemenangan tempat sendiri boleh dilakar," kata Matlan kepada Majoriti.
Matlan meletakkan sandaran kepada pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani untuk memacu serangan Sabah dan memboloskan pintu gol Kedah.
Namun begitu, dia berharap pemain-pemain Sabah tidak terlalu yakin kerana walaupun Kedah mengalami masalah, mereka masih boleh memberikan cabaran hebat.
"Sabah masih menyimpan kepercayaan kepada Saddil Ramdani untuk mengetuai serangan Sabah untuk mencapai kemenangan.
"Saya hanya risau jika pemain Sabah terlalu yakin menentang Kedah kerana keputusan luar jangka boleh terjadi," jelas Matlan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram