[VIDEO] Darren Lok hamstring, 3 kelab utara perlu bijak ambil kesempatan nasib malang kem Sabah


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Darren (kiri) mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan menentang New Zealand. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya terpaksa akur tidak membawa mata dari New Zealand selepas tewas 0-4 di tangan All Whites dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour dekat Auckland, New Zealand pada Isnin.

Semua empat gol skuad kendalian Darren Bazeley hadir di separuh masa kedua perlawanan selepas kedudukan terikat tanpa jaringan di babak pertama di sebalik lambakan peluang yang berjaya dicipta pasukan tuan rumah.

Bukan hanya sekadar pulang dengan 'tangan kosong', malah kem Harimau Malaya juga ditimpa nasib malang apabila penyerang utama mereka iaitu Darren Lok dilaporkan mengalami kecederaan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Friendly match saja pun', fans The Rhinos bengang aksi pemain Tawau FA 'makan' Saddil Ramdani

BACA LAGI: [VIDEO] Masih setia menunggu Malaysia, pemain warisan dapat tawaran 3 kelab Liga M harap sokongan FAM

Sebelum ini, ramai penyokong skuad kebangsaan menyuarakan kebimbangan mereka apabila bekas penyerang Petaling Jaya City itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama aksi New Zealand menentang Malaysia.

Menerusi perkembangan yang dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, penyerang Sabah FC itu mengalami kecederaan hamstring dalam aksi bertemu New Zealand.

Perkara berkenaan nyata lebih membimbangkan kem Sabah apabila Darren difahamkan akan terlepas beberapa perlawanan Liga Super dengan ia sebenarnya menyukarkan bahagian serangan Sang Badak.

Dalam tempoh dua musim bersama Sabah, pemain berusia 33 tahun berkenaan merupakan watak penting di bahagian serangan namun musim ini nasib seolah-olah tidak menyebelahinya apabila Darren terlepas dua perlawanan Liga Super dek isu kecederaan.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Sabah nampaknya perlu melupakan khidmat pemain warisan England-Malaysia itu dalam tiga perlawanan Liga Super menentanh Perak FC (19 Oktober), Penang FC (25 Oktober) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 29 Oktober.

Kehilangan Darren di bahagian hadapan itu sebaik-baiknya dimaanfaatkan oleh tiga kelab Utara tanah air itu untuk meraih tiga mata dan seterusnya melonjakkan kedudukan mereka dalam saingan Liga Super.

Sekiranya Sabah akan terlepas khidmat Darren, tiga pasukan berkenaan tidak usah pening kepala untuk memikirkan taktikal menyekat kemaaran Darren dan sebaliknya perlu mencari cari menghadapi import baharu, Joao Pedro. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram