'Ada 3 negeri sudah cukup', Hannah jawab isu Sabah tarik diri Sukan SEA 2027


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Hannah memberi jaminan bahawa temasya yang akan menjadikan Malaysia tuan rumah itu diadakan seperti dirancang meskipun tanpa penglibatan negeri Sabah.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa temasya yang akan menjadikan Malaysia tuan rumah itu diadakan seperti dirancang meskipun tanpa penglibatan negeri Sabah.

Baru-baru ini, Sabah membuat keputusan menarik diri atas faktor kekangan kewangan meskipun pada mulanya bersetuju memperuntukkan RM100 juta untuk bertindak sebagai penganjur bersama.

Selain Sabah, dua negeri lain iaitu Sarawak dengan peruntukan kira-kira RM350 juta dan Pulau Pinang sebanyak RM15 juta pula kekal komited meneruskan penganjuran.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya tak akan cuci tangan sebulan', peminat cilik sepak takraw teruja salam Syahir Rosdi

BACA LAGI: Tersungkur di laman sendiri, bekas perejam negara kongsi tekong Penang Black Panther belum cukup berpengalaman

WhatsApp Image 2024-10-23 at 6.12.08 PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga dari kanan).

Kedua-dua negeri itu akan menganjurkan beberapa acara bersama Kuala Lumpur yang dijangka menelan kos kira-kira RM700 juta.

Menurut Hannah, kerajaan persekutuan akan meneruskan rancangan untuk menganjurkan Sukan SEA.

“Kami telah dimaklumkan oleh Sabah bahawa mereka tidak akan bersama kami dalam penganjuran Sukan SEA 2027.

“Kami akan tetap meneruskan penganjuran tersebut bersama Sarawak, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

“Setakat ini, tiada negeri lain yang menunjukkan minat walaupun notis telah dihantar kepada mereka.

“Saya rasa ketiga-tiga negeri ini sudah cukup. Jangan risau, tiada apa yang akan terjejas walaupun tanpa Sabah. Kami akan teruskan seperti yang dirancang," katanya.

Tambah Hannah lagi, selepas selesai penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), kini pihaknya akan memberi fokus kepada persiapan pelan induk untuk Sukan SEA 2027.

“Sekaran LTdL telahpun selesai, jadi kami akan memulakan persiapan untuk pelan induk Sukan SEA. Kami perlu mula sekarang kerana Sukan SEA tidak lama lagi akan berlangsung," katanya.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada 2017 yang menelan belanja sekitar RM608 juta. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram