Koleksi tip hasil 4 kemenangan bergaya, Sang Penyu ada 3 cara bentes The Bos Gaurus


  • Podium
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Badrul Afzan pasti sedang menyusun kesebelasan utama terbaik mereka untuk mengulang semula kemenangan ke atas skuad TBG. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC (TFC) pastinya mahu memberi kemenangan kepada penyokongnya dalam aksi menentang Perak FC di Stadium Manjung dekat Manjung, Perak dalam saingan Liga Super minggu ini.

Dalam perlawanan liga baru-baru ini, skuad Sang Penyu melanjutkan rekod tanpa kemenangan selepas tujuh perlawanan berturut-turut apabila tewas 0-1 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lepas.

Kekalahan tipis kepada kelab yang sedang dilanda masalah kewangan berkenaan sememangnya menjadi persoalan dalam kalangan penyokong dengan rata-ratanya mempersoalkan adakah percaturan pemain menjadi kesilapan pengendali TFC, Badrul Afzan Razali.

BACA LAGI: Gol ofsaid Sony Norde dibalas tandukan cantik Cleyton, pemain TFC pula dicop 'malas'

BACA LAGI: Jualan tiket lawan TFC rendah, 'signal' buat pengurusan Sang Kenari — Bekas pemain Kedah

Menjelang pertemuan kali kedua menentang Perak FC, skuad Sang Penyu pastinya sedang menyusun kesebelasan utama terbaik mereka untuk mengulang semula kemenangan ke atas skuad The Bos Gaurus (TBG).

Dalam usaha meraih kemenangan kelima mereka, Majoriti mengusulkan tiga cara terbaik buat pasukan kendalian Badrul Afzan untuk membantu pasukannya mengutip tiga mata di Manjung.

Ia berdasarkan empat kemenangan menentang Kelantan Darul Naim (3-0), Negeri Sembilan FC (3-2), Kuala Lumpur City FC (2-0) dan termasuklah kemenangan pertama Liga Super 3-1 ke atas skuad Yusri Che Lah pada 11 Mei lalu.

1) Gunakan Nasrulhaq sebagai benteng terakhir

dalam dalam

Penjaga gol muda Terengganu FC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin. — Facebook/TFC

Nama penjaga gol muda Sang Penyu iaitu Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin menjadi sebutan apabila pemain berusia 25 tahun itu menjadi pilihan utama menjadi benteng terakhir Terengganu di awal musim 2024/2035.

Syed Muhammad Nasrulhaq pada awalnya dipilih untuk menggantikan tempat Suhaimi Husin dek kecederaan dialami penjaga gol itu namun pemain berketinggian 1.95 meter itu memberi persembahan mengagumkan untuk menjadi pilihan utama.

Dalam empat kemenangan Liga Super itu, Syed Muhammad Nasrulhaq menjadi wira ketika perlawanan menentang Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Kekalahan terbesar pemain itu adalah ketika bertemu JDT iaitu tewas 0-4.

Jika dibandingkan dengan Suhaimi yang hanya membantu Terengganu menang sekali dalam enam perlawanan, Syed Muhammad Nasrulhaq lebih wajar diturunkan oleh Badrul Afzan untuk menjaga pintu gawang Terengganu.

2) Trio import kawal tengah

dalam isi isi

Ott dan Marin bawa watak utama untuk bahagian tengah TFC musim ini. — Facebook/TFC

Kunci kemenangan empat perlawanan Terengganu musim ini boleh dikatakan berpunca daripada kreativiti trio import mereka iaitu gabungan Manuel Ott, Marin Pilj dan Nurillo Tukhtasinov.

Ott, Pilj dan Tukhtasinov melaksanakan tugas yang baik sebagai enjin buat Terengganu dan kehadiran mereka memberikan nadi untuk menghidupkan pergerakan pasukan dalam semua perlawanan diharungi.

Kehilangan salah seorang daripada trio itu jelas menyekat perjalanan Terengganu untuk melakukan serangan dan ia dibuktikan dalam pertemuan menentang Kedah baru-baru ini yang menyaksikan Pilj tidak diturunkan susulan isu kecederaan.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Terengganu, kelibat Pilj masih tidak kelihatan namun Badrul Afzan boleh memanggil Akram Mahinan bagi menggantikannya seperti ketika kemenangan menentang skuad Warga Kota.

3) Gugurkan Bonilla, jadikan Ismahil Akinade penyerang tunggal

isi dalam

Bonilla pernah beraksi bersama beberapa kelab di Thailand seperti Sukhothai, Bangkok United dan Port FC. — Facebook/TFC

Nelson Bonilla yang dimasukkan pada jendela perpindahan kedua musim ini masih kurang memberikan impak kepada bahagian serangan skuad Terengganu apabila hanya mencetak satu gol iaitu ketika seri 1-1 kepada PDRM FC.

Kehadiran pemain berketinggian 1.79 meter itu diharap dapat menajamkan jentera serangan kelab Pantai Timur tersebut yang disifatkannya masih bermasalah namun gandingannya bersama Safawi Rasid dan Akhyar Rashid masih belum menjanjikan.

Jadi, dalam usaha meningkatkan ketajaman jentera serangan pasukan, sudah tiba masanya untuk kembali meletakkan kepercayaan buat penyerang import Nigeria, Ismahil Akinade.

Dia yang sudah bersama skuad Sang Penyu sejak awal musim sudah tentu memiliki persefahaman lebih baik di atas padang, lebih-lebih lagi dengan ini merupakan tahun keduanya dalam Liga Super.

Meskipun Ismahil hanya mencetak dua gol setakat ini namun penyerang kelahiran Nigeria tersebut dilihat lebih serasi bersama Akhyar dan Safawi dalam perlawanan awal Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram