Jualan tiket lawan TFC rendah, 'signal' buat pengurusan Sang Kenari — Bekas pemain Kedah


  • Podium
  • Rabu, 16 Okt 2024

Setakat 15 Oktober, sebanyak empat keping tiket sahaja telah terjual bagi pertembungan melibatkan KDA FC dan TFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

KEADAAN kem Kedah Darul Aman (KDA) FC semakin meresahkan apabila sebanyak empat keping tiket sahaja telah terjual bagi pertembungan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman dekat Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Kemaskini jumlah jualan tiket secara atas talian setakat 15 Oktober yang dikongsikan sendiri oleh laman rasmi KDA FC itu seolah-olah semakin memberi bayangan bahawa kem Sang Kenari sudah hilang kepercayaan penyokong.

Jika dikaitkan dengan masalah semasa, pasti ramai penyokong berpendapat situasi itu berlaku disebabkan masalah kewangan yang menimpa pasukan KDA FC, sekali gus menjadi faktor peminat kelab Sang Kenari semakin putus asa untuk memberikan sokongan.

BACA LAGI: Harus ada JDT baru 'sold out', jualan tiket sendu bagai beri isyarat kepak Sang Kenari 'fed up' masalah dalam KDA FC

BACA LAGI: Pengaruh 'cable' punca pemain 'injury prone' masih jadi rebutan kelab Liga Super — Azmeer Yusof

Situasi itu turut mengejutkan bekas pemain Sang Kenari iaitu Azmeer Yusof, yang berkongsi bahawa dia tidak pernah menyangka Darul Aman akan menerima tetamu dengan bilangan kecil seperti jualan tiket sebegitu rupa.

"Bila saya dapat tahu ini, memang terkejut. Saya terkejut sebab kita tahu Kedah satu pasukan yang mempunyai ramai peminat. Pada saya satu tamparan yang hebatlah untuk Persatuan Bola Sepak Kedah.

"Kalau sebelum ini, penyokong masih juga turun padang untuk menentang pasukan Liga M3 walaupun ramai yang sedar bahawa perlawanan itu tidak menarik. Agak pelik kalau tiket tidak banyak terjual apabila menentang pasukan seperti Terengganu.

"Saya tak tahu nak cakap sama ada itu balasan daripada peminat atau tidak. Tapi itu mungkin satu signal daripada peminat kepada orang-orang yang berkenaan untuk lebih peka dengan apa yang berlaku dan selesaikan," katanya kepada Majoriti.

AZMEER

Azmeer pernah meraih beberapa kejayaan sepanjang beberapa tahun bersama KDA FC. — Facebook/ArenaHijauKuning

Walaupun memahami keadaan semasa menjadi punca jualan tiket tidak terjual seperti kebiasaannya namun pemain yang beraksi sebagai pertahanan Sang Kenari itu berharap untuk melihat ramai peminat turun padang menyokong Kedah pada Sabtu ini.

"Kalau peminat dengan pendirian tidak mahu pergi, mereka tetap tak nak pergi. Sebab peminat tetap pun ada hak bila mereka nak boikot. Kalau nak pergi ramai-ramai, akan pergi ramai-ramai.

"Tapi kalau sesiapa yang merasakan bola sepak ini untuk berseronok dan melepaskan tekanan, pergilah sokong tengok permainan. Sekurang-kurangnya di waktu orang tidak memandang, kita pandang pasukan itu," nasihatnya.

Setakat tinjauan Majoriti di media sosial, Kedah gia berkempen KDA FC Payung Tiket di TikTok. Kempen berkenaan bertujuan untuk memberi tiket percuma kepada penyokong untuk mengajak beramai-ramai ke Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram