Setia sampai hujung musim, 3 coach ketepikan sentimen isu gaji demi kelab tercinta


  • Podium
  • Khamis, 24 Okt 2024

Nafuzi kekal bersama Kedah sejak pasukan Sang Kenari dilanda masalah kewangan pada pertengahan musim lalu. — Facebook/KDAFC

MUSIM 2024/2025 menyaksikan banyak pasukan Liga Malaysia (Liga M) hanya menabur janji manis bahawa isu kewangan dan tunggakan gaji tidak akan berulang dan pasukan akan beraksi dengan lancar pada tahun ini.

Bagaimanapun, semua janji berkenaan kekal omong kosong apabila isu kewangan sudah mula singgah di beberapa kem Liga Super seawal pramusim bermula dan lebih parah apabila ia masih tidak menemui jalan keluar.

Tidak berpijak di bumi yang nyata ketika membeli pemain khususnya tonggak import dan ada juga isu penaja membuat keputusan tarik diri pada awal musim disebut menjadi antara punca isu kewangan berlaku dalam kalangan pasukan Liga Super.

BACA LAGI: Amanah harus dijalankan', Rizal Ghazali tak putus harap, tunggakan 7 bulan gaji 'settle'

BACA LAGI: Gaji tak sangkut, cuma fans pelik kenapa Penang FC ‘toya’ berdepan kelab bernasib lebih malang

Walaupun isu kewangan yang berlaku ini banyak menyaksikan sisi negatif kelab seperti sikap pemain memilih untuk memboikot sesi latihan sebagai tanda protes namun ada juga bahagian positif boleh diberikan pujian.

Misalnya, beberapa pengendali Liga Super musim ini lebih memilih untuk terus kekal setia mengemudi kelab dan sanggup mengetepikan sentimen isu gaji demi melatih pasukan tercinta:

1) Nafuzi Zain

WhatsApp Image 2024-10-23 at 21.05.28

Nafuzi masih kekal bersama Kedah walaupun diuji dengan isu kewangan. — Facebook/KDAFC

Nafuzi Zain boleh sahaja memilih untuk berhijrah ke kelab lain dan meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam keadaan terumbang-ambing namun pengendali kelahiran Kelantan itu menolak untuk berbuat demikian.

Bayangkan sahaja, Nafuzi kekal bersama Kedah sejak pasukan Sang Kenari dilanda masalah kewangan pada pertengahan musim lalu meskipun ketika itu jurulatih berusia 45 tahun itu dikhabarkan menerima tawaran dari pasukan gergasi seperti Selangor FC.

Masalah gaji yang berlarutan sehingga kini itu semakin menunjukkan sisi baik bekas jurulatih Terengganu FC itu apabila dia kekal memberikan corak permainan menarik untuk meraih tiga mata dalam perlawanan terbaharu mereka.

Kedah yang baru-baru ini menewaskan Terengganu 1-0 pada saingan Liga Super ke-11 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah beraksi seolah-olah tidak mempunyai masalah gaji dan ia pastinya menerima motivasi daripada Nafuzi.

2) Datuk Ong Kim Swee

WhatsApp Image 2024-10-23 at 21.06.14

Kim Swee sebelum ini dilaporkan menerima tawaran FAM. — Facebook/SabahFC

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang tiba ke Borneo tanah air pada musim 2021 dan sejak itu, beliau berjaya memberikan kestabilan kepada pasukan dan menghuni kedudukan lima terbaik liga.

Kim Swee juga turut membantu Sabah kembali menjadi pasukan yang digeruni satu ketika dahulu. Hasil bimbingan beliau, Sabah berjaya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga musim 2022 sekali gus layak ke pertandingan Piala AFC.

Kesetiaan Kim Swee bersama Sang Badak diuji apabila pengendali berusia 52 itu dikaitkan dengan perpindahan semula ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika masalah kewangan menyinggah di kem Sabah.

Pada Julai lepas, kemelut dalaman Sang Badak semakin hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong dengan ada khabar angin mendakwa bahawa para pemain Sabah FC didakwa mengalami tunggakan gaji sehingga enam bulan.

Selepas beberapa bulan menjadi topik utama, masalah gaji Sabah difahamkan sudah beransur pulih dan kini Sabah baru sahaja meraih kemenangan pertama selepas tiga perlawanan Liga Super. Sang Badak merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Perak FC pada Sabtu.

3) Fandi Ahmad

FANDI

Fandi mengetepikan isu gaji Sri Pahang demi melatih bekas kelabnya itu. — Facebook/SriPahang

Musim 2023 boleh dikatakan permulaan segar dari Sri Pahang FC lepas melantik legenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai jurulatih namun tahun keduanya pengendali itu tidak berjalan sesuai dengan perancangannya.

Perancangan ingin terus berada di landasan lima terbaik liga mula goyah apabila masalah kewangan menguji kem Tok Gajah pada Julai lepas ada pemain Sri Pahang yang mendedahkannya secara halus mengenai isu tunggakan gaji di media sosial.

Pihak pengurusan yang sehingga kini memilih mengunci mulut mereka daripada berbahas mengenai isu gaji seperti menjadikan Fandi sebagai tempat penyokong meluahkan rasa marah mereka mengenai masalah prestasi.

Fandi yang tidak pernah goyang dengan kritikan daripada penyokong dan mengetepikan seketika mengenai isu gaji hanya membalas kemenangan berharga ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super pada Ahad lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram