'Jangan terlalu awal kritik Penang Black Panthers, berilah peluang pemain muda'


  • Podium
  • Rabu, 23 Okt 2024

Meskipun tersingkir di GP Penang namun Penang Black Panthers berjaya mencuri slot ke separuh akhir dan meraih tempat keempat GP Terengganu.

PERJALANAN Penang Black Panthers dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Penang terkandas di peringkat kumpulan.

Skuad kendalian Ahmad Supian Napiah itu terpaksa menelan pahit apabila tidak dapat menghadiahkan sebarang mata buat penyokong mereka meskipun beraksi di Stadium SPICE Arena, Bayan Lepas, Penang.

Hal ini kerana, pasukan Utara tanah air itu terpaksa akur dengan kekuatan lawan apabila tersingkir lebih awal di peringkat kumpulan A selepas tewas straight set kepada Perak Bison (8-15,15-17) dan Negeri Sembilan Antlers (13-15,11-15).

BACA LAGI: Tersungkur di laman sendiri, bekas perejam negara kongsi tekong Penang Black Panther belum cukup berpengalaman

BACA LAGI: [VIDEO] Neymar kembali 'menari' tapi ref Malaysia paling curi tumpuan

WhatsApp Image 2024-10-21 at 20.31.35 (1)

Impian Penang Black Panthers untuk meraih keputusan positif di gelanggang sendiri tidak kesampaian apabila tersungkur di peringkat Kumpulan A bagi GP Penang. — STL

Meskipun kecewa dengan prestasi tersebut, pengurusnya, Mohd Hasnul Hadi Abdul Rashid itu mendedahkan bahawa anak-anak buahnya tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk bermain dalam kejohanan STL.

"Sukar untuk ditelan tapi itulah nasib kita apabila hanya membariskan pemain SUKMA dan mereka hanya mengharapkan pengalaman daripada pengumpan (feeder) Zaim Razali.

"Selain itu, tidak dinafikan juga yang kecederaan import Thailand, Komkrit Kaewkhamjan dan Zaim banyak memberi kesan kepada rentak permainan Penang Black Panthers.

"Apa yang saya boleh katakan pemain-pemain muda Penang Black Panthers yang terdiri daripada pemain SUKMA ini sebenarnya mereka kurang pengalaman.

"Kalau tengok hanya Zaim sahaja yang mempunyai pengalaman dalam STL ini, import Thailand itu pun sebenarnya pertama kali main di Malaysia, dia pun masih tercari-cari rentak permainan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-10-21 at 20.31.36

Penang Black Panthers (barisan kiri) tewas straight set kepada Perak Bison. — STL

Menurut Hasnul, barisan pemain Black Panthers itu boleh memberi saingan namun berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan.

"Kita boleh bagi saingan tapi nak cari finishing yang itu macam sukar, tak tahu di mana silapnya.

"Apa yang penyokong cakap itu kita ambil positif tapi saya rasa pemain perlu diberi ruang dan peluang untuk masa depan.

"Sebab apa yang saya lihat walaupun mereka masih muda namun mereka boleh beri saingan kepada pemain yang lebih berpengalaman.

"Bagi saya mereka bukan tak perform tapi kurang pengalaman," ujarnya.

GP Terengganu..

Penang Black Panthers meraih tempat keempat GP Terengganu selepas tewas kepada PDRM Defenders.

Tambah Hasnol lagi, dia menerima dengan hati terbuka dengan luahan daripada penyokong untuk memberi persembahan yang baik namun pada masa sama dia berharap agar penyokong tidak meletakkan kesalahan 100 peratus di bahu pemain.

"Saya sebagai pengurus saya ambil tanggungjawab, kita faham perasaan penyokong yang marah tapi berilah peluang kepada pemain dan Insya-ALLAH tahun depan kita buat penambahbaikan untuk comeback.

"Insya-ALLAH musim depan kalau kita masih diberi peluang untuk Liga Premier, saya rasa kita akan buat latihan daripada awal. Mungkin tiga bulan, empat bulan sebelum kejohanan.

"Saya rasa mungkin ada sikit perubahan daripada pemain yang asal sekarang dan berharap semua pemain SUKMA boleh matang tahun depan," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram