[VIDEO] Tak padan bawa motor, 3 remaja tekad bawa lari ampaian besar di Pasir Putih


  • Benua
  • Selasa, 22 Okt 2024

Aksi ketiga-tiga remaja berkenaan sempat dirakam oleh CCTV.

TULAR sebuah video di media sosial memaparkan tindakan tiga remaja dipercayai mencuri ampaian baju bersaiz besar dengan menggunakan motosikal.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu berlaku di Pasir Putih, Bojongsari, Sawangan Depok, Jawa Barat, Indonesia pada Ahad.

Ketiga-tiga mereka melakukan perbuatan tersebut pada waktu malam tanpa dilihat mana-mana penduduk.

BACA LAGI: [VIDEO] Neymar kembali 'menari' tapi ref Malaysia paling curi tumpuan

BACA LAGI: Baru aksi pertama, penyokong TBG sudah persoal risiko keselamatan tempat duduk Stadium Manjung

Dalam video yang berdurasi 25 saat itu memaparkan seorang daripadanya menunggu dua lagi rakan perempuannya sambil mengawasi perkarangan kawasan perumahan tersebut.

Beberapa minit kemudian, dua rakannya tiba dengan membawa ampaian besi itu untuk dibawa lari menaiki motosikal.

Selepas percubaan mereka berjaya, dua orang rakannya menaiki motosikal, manakala seorang lagi turut melarikan diri sambil memegang ampaian berkenaan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis mengenai perkara tersebut.

Tiga remaja berkenaan terdiri daripada seorang lelaki yang menunggang motosikal dan dua rakan perempuannya yang bertindak menarik ampaian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram