PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa mengumumkan kepulangan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita.
Rosman sebelum ini telah melatih pemain beregu selama hampir dua dekad sebelum meninggalkan BAM pada 2020 apabila badan induk tersebut tidak memperbaharui kontraknya.
Rosman akan bekerjasama dengan Rexy dan dibantu oleh jurulatih pasukan senior, Ching Kai Feng serta jurulatih skuad junior, Amelia Anscelly.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak padan bawa motor, 3 remaja Indonesia tekad bawa lari ampaian besar
BACA LAGI: [VIDEO] Neymar kembali 'menari' tapi ref Malaysia paling curi tumpuan
“BAM kini telah mengesahkan pelantikannya semula dan bekas pemain negara berusia 48 tahun tersebut akan memulakan tugas rasminya di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara pada 5 November.
“Kami amat mengalu-alukan kepulangan Rosman ke dalam pasukan kejurulatihan, pengalamannya yang meluas bersama pasukan kebangsaan sangat berharga.
"Kami percaya kepimpinannya akan memainkan peranan penting dalam membawa skuad beregu wanita ke tahap yang lebih tinggi," kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky menerusi laman Facebook.
Rosman yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama BAM turut menyuarakan keterujaannya untuk kembali menyumbang kepada pembangunan badminton negara.
“Saya berasa amat gembira untuk kembali ke BAM dan sangat teruja dengan cabaran baharu ini, saya tidak sabar untuk membina kejayaan yang telah dicapai selama ini dan beregu wanita mempunyai potensi besar,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram