BINTANG Brazil, Neymar tampil kali pertama selepas diketepikan lebih setahun apabila masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika Al-Hilal menentang Al-Ain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang berlangsung di Stadium Hazzan Bin Zayed di Al-Ain pada Selasa.
Penyerang Al-Hilal berkenaan sebelum ini terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan meniskus dan ligament anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya.
Dalam aksi tersebut, Neymar yang juga bekas penyerang Paris Saint German (PSG) itu diturunkan pada minit ke-77 bagi menggantikan Nasser Al Dawsari.
BACA LAGI: Baru aksi pertama, penyokong TBG sudah persoal risiko keselamatan tempat duduk Stadium Manjung
BACA LAGI: [VIDEO] Selepas Luciano Guaycochea dan Wan Zack, Syafiq Ahmad pula 'belanja' skil takraw
Al-Hilal berjaya meraih tiga mata berharga selepas berhempas-pulas menewaskan Al-Ain dengan keputusan akhir 5-4.
Bagaimanapun, menariknya aksi tersebut, Nazmi Nasaruddin dipilih sebagai pengadil utama perlawanan berkenaan.
Meskipun aksi itu menampilkan ramai bintang antarabangsa seperti Soufiane Rahimi, Aleksandar Mitrovic, Neymar dan Joao Cancelo, pengadil dari Malaysia tersebut bijak mengawal disiplin perlawanan.
Malah, Nazmi turut melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan The Blue Waves, Ali Albulayhi apabila dia didapati menahan bola dengan tangan.
Ini bukan kali pertama Nazmi diberi amanah mengendali aksi ACLE. Sebelum ini, dia turut diberi tanggungjawab mengendali aksi ACLE antara Central Coast Mariners dan Buriram United pada 1 Oktober lalu.
Nazmi sebelum ini juga pernah mengendalikan perlawanan Piala Asia, Kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Liga Juara-Juara AFC, Piala AFC serta mengadili pelbagai perlawanan akhir di peringkat domestik dan kini semakin menghampiri Piala Dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram