PASANGAN dan bintang bola sepak yang beraksi di Juventus, Douglas Luiz dan Alisha Lehmann dilaporkan telah dirompak apabila kediaman mereka di Turin, Itali dipecah masuk pencuri dalam kejadian pada malam Sabtu.
Dalam kejadian itu, perompak berjaya melarikan barang kemas dan jam tangan bernilai lebih £416,000 (lebih RM2 juta).
Media Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan, pelaku telah mencuri 11 utas jam tangan milik Luiz dan beberapa utas rantai berlian milik Lehmann.
Susulan itu, Luiz, 26, yang pada malam kejadian sedang beraksi menentang Lazio dan berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas pasukan terbabit, dilaporkan pulang ke rumahnya dengan segera dan menemukan kediaman tersebut dalam keadaan bersepah.
BACA LAGI: [VIDEO] Tekong Siam dikata punca Kelantan Warriors balik awal, kelibat Purached mula dirindui
Pada masa sama, Lehmann, 25, pula dilaporkan berada di hotel bersama rakan sepasukannya di Juventus, menjadikan kediaman mereka tidak berpenghuni ketika kejadian rompakan.
Pasangan itu bukanlah pemain di Juventus yang pernah menjadi mangsa rompakan.
Pemain lain, Moise Kean, Kaio Jorge dan Angel Di Maria turut pernah mengalami nasib yang sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lehmann dan Luiz menjadi pasangan pertama yang berhijrah dari Aston Villa ke Juventus. — Agensi
Sebagai rekod, Lehmann dan Luiz menjadi pasangan pertama yang sama-sama berpindah ke kelab lain apabila kedua-duanya berhijrah dari Aston Villa ke Juventus.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta ketika di United Kingdom kemudian membawa hubungan dan bakat bola sepak yang ada ke Itali.
"Bagi saya dan Luiz untuk bersama di kelab yang sama adalah sebuah impian. Kami sering bermain di bandar yang berbeza, jadi apabila dapat melakukan pengembaraan hebat seperti ini di tempat yang sama ia adalah sesuatu yang mengagumkan," kata Lehmann.
Luiz yang berpindah kelab dari Midlands, England ke Turin telah dilaporkan menandatangani kontrak bersama Juventus dengan kontrak bernilai £100,000 (RM466,000) seminggu.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram