Tayang pistol di medan selera Puchong, 3 termasuk wanita dicekup, seorang ada rekod jenayah


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial.

DUA lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung insiden viral menunjukkan objek dipercayai pistol di medan selera di Puchong baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada Khamis.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam pada Ahad (13 Oktober) di medan selera di Puchong. Situasi itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua lelaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: 'Tiada siapa boleh mengaku, saya bukan hero Lahad Datu'

BACA LAGI: Terpaksa menyelam seawal Subuh di Semporna, kesan tapak kaki dekat dinding jerat penjenayah 'wanted' di P.Pinang

pngtree-hands-in-handcuffs-offense-cuffs-police-photo-image_36537280

Seorang daripada yang ditahan memiliki rekod jenayah lampau - Gambar Hiasan

Pada masa sama, pengadu turut membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan keluarganya dan dirinya sendiri.

“Siasatan membawa kepada penahanan tiga suspek dan seorang daripadanya memiliki rekod jenayah lampau.

Polis turut merampas sebuah objek yang menyerupai sepucuk pistol dan kelopak peluru bersama dua butir peluru palet putih.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis Serdang di talian 03-80742222 bagi membantu siasatan.

Menurut laporan, seorang lelaki didakwa menunjukkan objek dipercayai pistol selepas melarang individu yang terlibat untuk tidak merokok di medan selera.

Video berdurasi 26 saat itu tular menunjukkan dua lelaki bertengkar di medan selera tersebut manakala seorang wanita cuba menenangkan keadaan.

Situasi tersebut turut merakamkan wanita itu menarik salah seorang lelaki yang berpakaian kemeja-T leher bulat putih. Seorang lagi lelaki mengangkat tangannya untuk menunjukkan objek yang menyerupai pistol.

Video itu kemudiannya disebarkan di laman Telegram dan didakwa kejadian itu berlaku beberapa hari lalu. Satu lagi video dari sudut berbeza menunjukkan lelaki yang sama sedang bertengkar dengan pengurus medan selera dan menunjukkan pistol sambil mengacukannya ke perut pengurus. —The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram