BEREGU wanita negara, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee mencatatkan kejayaan sulung mereka sebagai pemain beregu selepas mengungguli Malaysia Super 100 pada Ahad.
Pasangan wanita itu memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk menundukkan pesaing dari Taiwan, Nicole Chan-Yang Chu yun dengan keputusan 22-20, 21-11 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Ini pasti menjadi tonik tambahan buat Mei Xing-Pei Kee yang baru-baru ini ditunjukkan jalan keluar awal dalam kesemua pertandingan sejak bergandingan bermula Jun lalu.
BACA LAGI: Semangat Lee Zii Jia 'merasuk' rakyat Kedah, demam badminton kini bermula
Pei Kee (kiri) dan Mei Xing merangkul kejayaan sulung selepas bergandingan sejak Jun lalu.
Lebih membanggakan lagi, kejayaan itu merupakan kali pertama Pei Kee menggapai kejayaan dalam Jelajah Super 100 yang pasti sukar dilupakan pemain berusia 22 tahun itu.
Bagi Mei Xing yang sudah berusia 27 tahun, kejayaan dalam Malaysia Super 100 itu pasti amat bermakna memandangkan kali terakhir dia muncul juara adalah dalam Super 300 Syed Modi International 2022 bersama pasangan terdahulunya, Anna Cheong.
Pencapaian bermakna itu menyaksikan Mei Xing-Pei Kee mengaut keuntungan mencecah $7,900 (RM34,005.55) dengan mereka pasti akan bersemangat bagi kejohanan akan datang.
Beregu lelaki, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong juga menghadiahkan penyokong selepas menundukkan pasangan dari Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith dengan keputusan 19-21, 21-15, 21-12.
Ini merupakan gelaran pertama mereka tahun ini selepas mengalami kekecewaan dalam edisi yang lalu apabila hanya menamatkan saingan sebagai naib juara. — The Star/R KIRUBASHINI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram