Semangat Lee Zii Jia 'merasuk' rakyat Kedah, demam badminton kini bermula


  • Massa
  • Sabtu, 10 Ogos 2024

Wakil JKBC (baju biru hitam) bersama wakil SSD ketika perlawanan badminton baru-baru ini.

BINTANG badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia terus menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan bangsa di Kedah apabila 'demam' sukan itu mula dijadikan sebagai aktiviti riadah selain futsal dan bola sepak.

Hasil terjemahan daripada aspirasi pemenang pingat gangsa di Olimpik itu kini dapat dilihat melalui wujudnya Kelab Badminton Jabatan Keselamatan (JKBC) syarikat ultiliti air Kedah yang dicetuskan oleh tiga anak muda Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Suib, Malik dan Rashdan.

Menurut Rashdan, tujuan penubuhan kelab itu bukan saja untuk mengeratkan silaturahim menerusi perlawanan persahabatan tetapi juga mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan pemain.

BACA LAGI: [VIDEO] DNA samba paling menjadi sepanjang musim Liga Super setakat ini

BACA LAGI: Pernah luah hasrat jadi 'head coach', Ramon Marcote mula cari kerja di LinkedIn

Katanya, sebagai permulaan, JKBC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab badminton, Jabatan Perkhidmatan Keselamatan (SSD) syarikat tenaga berpangkalan di Kedah dan Perlis yang menyaksikan kelab pimpinannya memperoleh kemenangan 4-1.

"Mata kemenanggan disumbang oleh dua beregu lelaki dan 2 beregu wanita.

"Latihan dua kali seminggu yang dijalankan nampaknya membuahkan hasil.

"Hampir kesemua wakil JKBC menang dan hanya kalah 1 set sahaja di tangan SSD," katanya kepada Majoriti.

Rashdan berkata, keputusan perlawanan itu tidak penting tetapi mereka mengambil kira semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-dua pihak.

"Perlawanan menjadi titik tolak untuk mempromosikan lagi sukan badminton dalam kalangan masyarakat di Kedah.

"Kami juga sudah merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan lebih kerap dengan kelab-kelab badminton lain di negeri ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram