HASRAT Penang Black Panthers untuk membalas dendam tidak kesampaian selepas tewas kepada ATM Guardians dalam aksi rubber set 10-15, 15-13,15-13 saingan Kumpulan D Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) bagi Grand Prix (GP) Perak pada Rabu.
Supian Napiah membariskan skuad terkuat dalam misi mengutip tiga mata penuh yang terdiri daripada Ikhwan Syafiq (tekong), Zaim Razali (feeder), Komkrit Kaewkhamjan (killer).
Manakala, ATM Guardians pula dibarisi Ikmal Hakimi (tekong), Norfaizzul Razak (apit kiri), Fetri Azwadi (apit kanan).
BACA LAGI: Pemenang AFF 2010 mahu kembali ke Liga Super, 2 kelab Pantai Timur jadi destinasi
BACA LAGI: Aksi GP Perak paling mendebarkan, 2 pasukan 'jodoh kuat' kali ketiga bertemu
Meskipun memulakan perlawanan dengan corak perlawanan kemas dalam set pertama dengan ketajaman rejaman Komkrit namun skuad ATM Guardians dilihat enggan memberi peluang kepada lawan untuk meraih kemenangan.
Begitu pun, aksi tersebut dihiburkan dengan gelagat apit kiri berpengalaman Penang Black Panthers, Zaim yang dilihat begitu yakin bahawa pasukannya masih memiliki satu lagi Challenge.
Menerusi satu perkongsian video di Facebook, Zaim yang merupakan kapten pasukan telah dipanggil oleh pengadil perlawanan untuk memaklumkan bahawa pasukan mereka hanya memiliki baki satu Challenge.
Untuk pengetahuan peminat sepak takraw negara, setiap regu hanya diberikan dua Challenge untuk setiap set.
"Penang Black Panther, Challenge anda sudah habis untuk set ini," katanya sambil tersengih.
Namun, Zaim dilihat seperti tidak berpuas hati dengan keputusan daripada pengadil dan mendakwa masih ada Challenge yang belum digunakan oleh mereka.
"Ehhh masih ada satu lagi Challenge kami," jawabnya pula.
Susulan reaksi yang dikongsikan di laman sosial itu, rata-rata penyokong terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Zaim itu.
"Orang cakap Challenge dah habis, dia cakap ada lagi satu, Zaim...Zaim, hang ni memanglah," kata STL.
"Zaim ini buat lawaklah, rasanya dia tahu itu Challenge sudah habis, tapi saja nak lengahkan masa," kata Po Jie.
"Zaim buat hal, saja nak buang masa lah tu cakap tanya pasal Challenge," kata Azhar Mohamad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram