Harus ada JDT baru 'sold out', jualan tiket sendu bagai beri isyarat kepak Sang Kenari 'fed up' masalah dalam KDA FC


  • Podium
  • Selasa, 15 Okt 2024

Pasukan KDA FC akan menentang Terengganu di Stadium Darul Aman pada Sabtu.

SEBANYAK empat tiket sahaja terjual untuk perlawanan Kedah Darul Aman FC menentang Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu ini.

Perkara tersebut mendapat perhatian warga maya apabila kemas kini tersebut dibuat menerusi laman web, TicketHotline dan hantaran melalui di Instagram kelab bola sepak itu sendiri.

Kemungkinan besar situasi tersebut disebabkan masalah kewangan yang menimpa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA) sekali gus menyebabkan peminat kelab Sang Kenari semakin 'fed up' dengan masalah yang menimpa pasukan Hijau Kuning itu,

BACA LAGI: Sibuk kerja 54 jam seminggu, doktor 'kalis kecaman' berlari sambil tolak stroller anak

BACA LAGI: Posisi Ten Hag semakin terancam, 4 jurulatih sesuai boleh jadi sasaran Manchester United

Baru-baru ini, dunia bola sepak kecoh apabila pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC dilihat tidak turun berlatih dan dikatakan punca utama adalah masalah tunggakan gaji yang berlaku. Sehinggakan hanya ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan staf kelab tersebut sahaja yang dilihat turun ke padang Latihan.

Untuk makluman, sepak mula pertembungan ke-13 Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC bimbingan Nafuzi Zain dan Terengganu FC, di bawah pemangkuan Badrul Afzan dijadualkan pada pukul 9 malam, Sabtu.

WhatsApp Image 2024-10-15 at 1.40.33 PM

Ruangan komen di Facebook.

Sementara itu, seorang warga maya menyatakan mungkin juga jualan tiket untuk perlawanan pasukan KDA akan habis dijual jika pasukan tersebut menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT)

"Harus ada J (JDT) baru 'sold out'," kata seorang penyokong di ruangan komen Facebook Sukanz.com dengan memuat naik hantaran yang sama.

Pada masa sama, terdapat juga seorang penyokong menyeru orang ramai di ruangan komen untuk memberi sokongan kepada pasukan tersebut dengan membeli tiket perlawanan tersebut.

"MFL ( Malaysian Football League) punya penangan. Jom orang kedah support team," ujar seorang lagi peminat bola sepak.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din dalam satu kenyataan menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya, kerajaan negeri bersikap lepas tangan dan tidak ambil peduli tentang isu melanda (KDA).

Dakwaan sedemikian dikatakan langsung tidak tepat kerana kerajaan negeri telah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada pasukan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram