Aston Villa siasat dakwaan Man United 'diintip', arahan sulit ten Hag terbongkar


  • Podium
  • Isnin, 14 Okt 2024

Bilik persalinan Manchester United dilaporkan diintai ketika berkunjung ke Aston Villa selain dakwaan perbincangan pasukan dan arahan sulit ten Hag dirakam.

MANCHESTER United menghadapi kebimbangan besar mengenai keselamatan di bilik persalinan selepas diceroboh pihak tidak dikenali baru-baru ini.

Ini selepas bilik persalinan Manchester United dilaporkan diintai di Aston Villa dan mendakwa perbincangan pasukan dan arahan peribadi daripada pengurus, Erik ten Hag dirakam ketika aksi awal Oktober lepas.

Kebocoran maklumat dan isu keselamatan itu mendorong kepada siasatan serius oleh Villa mengenai tindakan sesetengah pihak melanggar keselamatan yang jelas sebelum perlawanan penting.

BACA LAGI: 'Killer yang problem tekong pula yang sampai', fans desak Johor Tigris cepat-cepat 'sign' perejam Thailand

BACA LAGI: [VIDEO] 'Friendly match saja pun', fans The Rhinos bengang aksi pemain Tawau FA 'makan' Saddil Ramdani

Manu

Man United terpaksa berpuas hati apabila mengikat Aston Villa 0-0.

Difahamkan, seorang individu dipercayai telah memperdaya kakitangan stadium dua hari sebelum perlawanan yang berakhir tanpa jaringan tersebut dan menyembunyikan peranti rakaman di dalam bilik persalinan pasukan pelawat.

Peranti rakaman itu merakam percakapan ten Hag, termasuk beberapa topik perbincangan hangat yang mungkin dibincangkan kerana ia mungkin perlawanan terakhirnya jika pasukan itu tewas.

Menurut laporan The Sun, individu tersebut menggunakan telefon pintar dengan ciri mikrofon yang diaktifkan oleh panggilan, disembunyikan dalam bilik persalinan dan tidak dikesan oleh kakitangan United sebelum perlawanan.

Insiden kebocoran rakaman di bilik persalinan Manchester United menimbulkan soalan serius tentang keselamatan dan privasi, walaupun sumber yang memiliki rakaman tersebut mengesahkan tiada elemen mencurigakan.

Hal ini menunjukkan perlunya perhatian yang lebih terhadap prosedur keselamatan di kelab-kelab besar, terutamanya menjelang perlawanan penting.

Bagaimanapun,insiden terjawab selepas dilaporkan itu merupakan perbuatan peminat United yang bergurau mahu mendengar perbincangan di dalam bilik persalinan.

Meskipun begitu, perkara tersebut menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana peminat United itu boleh memasuki bilik persalinan di salah satu kelab terbesar Liga Perdana hanya beberapa hari sebelum perlawanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram