'Killer yang problem tekong pula yang sampai', fans desak Johor Tigris cepat-cepat 'sign' perejam Thailand


  • Podium
  • Isnin, 14 Okt 2024

Persembahan yang ditampilkan oleh Syahmi (jersi biru) sebagai perejam belum cukup memuaskan hati peminat bola rotan itu.

JOHOR Tigris sah membawa masuk bekas tekong negara, Hairul Hazizi Haidzir dalam membantu pasukan Selatan tanah air itu meneruskan rentak kecemerlangan menjelang Grand Prix (GP) Penang.

Dalam GP Selangor dan GP Terengganu sebelum ini, Johor Tigris gagal mara ke suku akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Namun, pasukan kendalian Jamaluddin Hassan itu berjaya melakar sejarah apabila buat julung kalinya dalam GP Perak selepas mara ke suku akhir menewaskan Bomba Fighter dengan keputusan straight set.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Friendly match saja pun', fans The Rhinos bengang aksi pemain Tawau FA 'makan' Saddil Ramdani

BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: KL Thunder lakar hatrik tawan GP Perak tapi fans tak restu 'killer' pilihan milik Perak Bison

WhatsApp Image 2024-10-14 at 16.21.31

Tekong baharu Johor Tigris, Hairul Hazizi Haidzir.

Meskipun begitu, Johor Tigris terpaksa melupakan impian ke separuh akhir apabila tewas di tangan Selangor Pistons 1-2 (15-13,16-17,7-15).

Dalam pada itu, kehadiran Hairul Hazizi dijangka mampu membantu Johor Tigris mencipta kejutan dalam GP Penang yang akan bermula pada Rabu.

Meskipun bersetuju dengan kehadiran tekong baharu tersebut namun ramai peminat bola rotan itu menganggap bahawa apit kanan, Syahmi Syazwan Aziz perlu direhatkan.

Menurut mereka, persembahan yang ditampilkan oleh Syahmi sebagai perejam Johor Tigris tidak memuaskan kerana difahamkan dia baru sahaja sembuh dari kecederaan.

Malah, ada juga daripada peminat menyarankan agar pihak pengurusan mencari perejam kelahiran Thailand untuk menggantikan posisi tersebut kerana melihat Syahmi bergelut dengan masalah kecederaan.

"Syahmi sudah boleh direhatkan dulu, boleh guna khidmat killer Siam. Moga ada kebangkitan buat Johor Tigris GP Penang nanti," kata Zalie Realz.

"Tolong cari killler dari Thailand, Syahmi tuh haihhh panaih hati tak abis lagi ni,punca betul dia tu," kata Asyraf Fahmi.

"Tolong rehatkan Syahmi dulu,cari killer lain, ini game penting untuk Johor Tigris bangkit di GP Penang dan laman sendiri nanti," kata Miezan Ulat.

Selain Syahmi, Johor Tigris kini mempunyai dua lagi apit kanan yang boleh beraksi iaitu Wan Firdhaus Wan Omar dan Teerapat Deecharoen.

Bagaimanapun, mereka masih berpeluang untuk membawa masuk import baharu sekiranya mahu memperkuatkan pasukan menjelang GP Penang nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram