Sudah setahun isu padang tak berubah, kenapa susah sangat dengar nasihat, teguran TMJ


  • Podium
  • Isnin, 14 Okt 2024

Kelantangan Tunku Ismail berpunca daripada keazamannya untuk melihat pembangunan bersama arena bola sepak tanah air.

SEHINGGA hari ini, isu padang masih belum diselesaikan 100 peratus meskipun terdapat pelbagai usaha dicurahkan pihak berkuasa seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Meskipun dana bernilai jutaan ringgit sudah disuntik kepada kelab Liga Super, perubahan signifikan masih belum dapat disaksikan dengan masalah itu berulang saban tahun.

Kemelut itu turut dibincangkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara kerap dengan dia meminta pihak pengurusan pasukan tempatan supaya cakna mengenainya.

BACA LAGI: 'Buat macam Terengganu', TMJ cadang pakai rumput Bermuda elak padang berlumpur

BACA LAGI: TMJ, JDT sudah 'ajar' cara jaga padang lebih 10 tahun lalu

2424584

Padang di Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan mengecewakan.

Baru-baru ini, teguran turut diberikannya yang meminta masing-masing mengubah mentaliti untuk menerima rumput jenis Zeon Zoysia seperti mana sedang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Namun, ada yang menolak cadangan itu dengan mengatakan rumput berkenaan tidak cukup berkualiti kerana penggunaannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur tidak membuahkan hasil diharapkan.

Bagaimanapun, jawapan terhadap hal berkenaan sudah diberikan tepat setahun lalu ketika padang di 'rumah Harimau Malaya' itu baru sahaja diubah kepada rumput Zeon Zoysia.

Ketika itu, pasukan negara baru sahaja menganjurkan aksi Pestabola Merdeka menentang India dengan beberapa isu padang disaksikan, termasuk rumput tercabut dan padang yang tidak rata.

Menyedari persoalan daripada orang ramai terus diajukan, Tunku Ismail di akaun X peribadinya menjelaskan rumput itu memerlukan masa mencukupi untuk mencapai tempoh matang.

FAM-Lead

Pelbagai teguran pernah dibuat TMJ terhadap FAM beberapa tahun kebelakangan ini.

Kenyataan itu sememangnya cukup diterima penyokong bola sepak yang kemudian mempersoalkan keputusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dianggap terlalu terburu-buru.

Tetapi, ini bukanlah kali pertama pemilik JDT berkenaan membuat teguran terbuka terhadap badan induk bola sepak negara itu sehingga mereka terpaksa membuat perubahan.

Salah satu contoh terbaik dapat disaksikan adalah selepas Harimau Malaya berdepan kegagalan dalam Piala AFF 2020 dengan Tunku Ismail kemudian menggariskan kelemahan utama skuad kebangsaan.

Ini termasuk perancangan tidak jelas daripada pihak pengurusan yang hanya menyekat mereka daripada mara ke peringkat akhir selain menceritkan situasi sebenar organisasi berkenaan.

Terkesan daripada teguran itu, FAM kemudian membuat beberapa siri perubahan dengan pengendali ketika itu, Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan yang membuka pintu kepada rombakan terhadap pasukan negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram