[VIDEO] Dua tonggak TBG minat jadi 'killer', pamer kemahiran sambil support Perak Bisons di STL


  • Podium
  • Sabtu, 12 Okt 2024

Guaycochea dan Wan Zack ketika mencuba menimbang bola takraw pada Jumaat. — Facebook/PerakFC

PASUKAN tuan rumah, Perak Bison mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) GP Perak selepas mengatasi PDRM Defenders di Stadium Indera Mulia dekat Ipoh, Perak pada Sabtu.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri, Perak yang dibarisi Noraizat Nordin, Kritsada Sungvung selaku tekong berbisa dan juga Asyraf Azizi menunjukkan penampilan mereka cukup bertenaga.

Regu Perak mendominasi set pertama dengan kemenangan 15-9 namun Sang Saka Biru seperti sudah berhasil membaca kelemahan Perak di set kedua sehingga berhasil mengikat kedudukan 2-2.

BACA LAGI: No 18 jadi klu, bekas tekong negara hampir sertai Johor Tigris

BACA LAGI: [VIDEO] STL 2024: Dulu dikecam kini disayang, import Perak Bison cemerlang tundukkan Selangor Pistons

Meskipun PDRM mengambil keputusan untuk melakukan beberapa pertukaran dalam percaturan tetapi pasukan Utara tanah air berkenaan akhirnya berjaya meraih kemenangan 15-13 untuk mara ke suku akhir.

Menarik dalam perlawanan Dzafril Anuar berkenaan, aksi tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa tonggak Perak FC iaitu termasuklah ketua pasukan, Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal.

Walaupun pertama kali menyaksikan perlawanan sepak takraw namun kedua-dua tonggak The Bos Gaurus (TBG) itu mengakui sangat menikmatinya dengan mereka turut meminati posisi perejam atau dikenali sebagai killer.

“Ini pertama kali saya menonton sepak takraw. Atmosfera menarik dan saya lihat ia sebagai sukan yang sukar tetapi saya menikmati perlawanan berkenaan dan seronok menontonnya.

“Saya rasa tidak boleh bermain sukan ini sebab sangat susah. Kalau ada peluang bermain mungkin sebagai penyerang tapi akan menanduk,” katanya sambil nada bergurau dalam satu petikan video yang dimuat naik dalam laman rasmi Facebook STL.

Pemain import Argentina dan Wan Zack juga sempat menghiburkan para penyokong dengan mencuba menimbang bola rotan tersebut.

Kemahiran mereka bermain itu terutama untuk pemain import Guaycochea di gelanggang STL memberikan keterujaan kepada peminatnya sehingga ramai yang mengusiknya untuk menukar kerjaya kepada pemain sepak takraw.

“Luciano ada karier dah kalau tidak main bola, wakil takraw Argentina,” kata penyokong skuad TBG, Muhammad Alif Lukman.

“Luciano dah lipat tarik seluar itu geram nak lipat gulung tengoknya. Boleh lah buat pasukan bagi Sunday (Afolabi) sebagai tekong dan Wan Zack sebagai pengumpan, Luciano boleh jadi perejam,” tambah penyokong, MD Razman. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram