BAM, Misbun Sidek bersetuju untuk berpisah


  • Podium
  • Jumaat, 28 Jul 2023

Misbun dan BAM mencapai persetujuan untuk berpisah membawa haluan masing-masing.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemergian jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek daripada badan induk tersebut berkuat kuasa pada Jumaat.

Keputusan mengejutkan itu dibuat selepas satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan masalah prestasi skuad badminton remaja tanah air dan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam.

Menurut Subramaniam keputusan itu dipersetujui kedua-dua pihak meskipun kontrak Misbun masih berbaki lima bulan.

Mesyuarat khas yang turut dihadiri kesemua jurulatih dan pemain skuad remaja negara pada Rabu lalu itu sepakat untuk mengugurkan Misbun daripada menjawat Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan BAM.

"Misbun telah menjadi contoh dalam peranannya sebagai pengarah pembangunan. Sejak hari dia dilantik, beliau berkhidmat dengan penuh semangat dan komited terhadap pembangunan pemain muda negara.

"“Kami berterima kasih atas sumbangan beliau dan berterima kasih atas jasa beliau,” tambahnya," kata Subramaniam pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara pada Jumaat.

Pemecatan Misbun dibuat berikutan untuk mengambil tanggungjawab kegagalan skuad badminton negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia awal bulan ini.

Skuad remaja negara pada Kejohanan Remaja Asia (AJC) 2023 di Yogyakarta baru-baru ini menampilkan persembahan hambar apabila tumpas kepada juara bertahan, Thailand, 0-3, di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran dan tiada seorang pemain layak ke separuh akhir bagi saingan perseorangan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram