Terbuka Artik: Pang Ron-Su Yin langkah kanan, Kian Meng-Pei Jing pulang kecewa


  • Podium
  • Rabu, 09 Okt 2024

Pang Ron-Su Yin tidak mempunyai masalah untuk menundukkan wakil dari China iaitu Guo Xin Wa- Cheng Fang Hui secara straight set. — Facebook/BAM

DUA beregu campuran negara iaitu Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalami nasib berbeza dalam permulaan temasya Terbuka Artik dekat Vantaa, Finland mereka pada Selasa.

Pang Ron-Su Yin tidak mempunyai masalah untuk menundukkan wakil dari China iaitu Guo Xin Wa- Cheng Fang Hui secara straight set dalam saingan yang berlangsung di Vantaa Energia Arena itu.

Pasangan yang berada di ranking 29 dunia itu mempamerkan aksi bertenaga pada set pertama untuk menang 21-16 dan momentum positif diteruskan pada set kedua apabila meraih keputusan 21-10.

BACA LAGI: Purple League pernah gegar arena badminton negara, adakah liga profesional akan kembali?

BACA LAGI: [VIDEO] Bersara dari bola sepak, Zaquan Adha ceburi badminton siapkan diri ikut 'tournament'

Kemenangan ke atas pasangan ranking ke-27 itu menyaksikan duo campuran berkenaan menjadi wakil campuran pertama layak ke pusingan kedua.

Selepas ini, Pang Ron- Su Yin akan menguji keserasian mereka dengan menentang pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat bagi pusingan kedua Terbuka Artik.

Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing pula tidak berhasil untuk meneruskan perjuangan ke pusingan 16 selepas Texas kepada wakil Thailand, Supak Jomkoh-Sapsiree Taerattanachai.

Pasangan yang menghuni kedudukan ke-15 dunia berkenaan terpaksa akur apabila tewas 16-21, 21-18, 10-21 selepas menerima saingan daripada duo Thailand tersebut.

WhatsApp Image 2024-10-09 at 00.18.19

Pasangan beregu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. — Facebook/BAM

Bagaimanapun, pujian perlu diberikan kepada Kian Meng-Pei Jing yang memperagakan semangat juang yang tinggi apabila menang 21-18 di set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bermula di set ketiga beregu negara jiran itu semakin garang mengatur langkah mereka apabila mendahului sehingga permainan Kian Meng-Pei Jing terhenti di mata 10 sahaja.

Selepas ini, dua lagi wakil negara akan berentap dalam kategori beregu campuran Terbuka Artik iaitu Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang akan berdepan gandingan Republik Czech, Ondrej Kral-Tereza Svabikova sementara Roy King Yap-Valeree Siow bertemu Ethan Van Leeuwen-Chloe Birch dari England. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram