[VIDEO] Pernah siku bekas bintang JDT, Selangor cuba 'hijack' penyerang idaman Perak


  • Podium
  • Khamis, 10 Okt 2024

Pengalaman Wilmar beraksi di sekitar Asia pasti dimahukan Selangor FC yang kini bersaing dalam kempen ACL Two. — Agensi

KETIKA ini, jentera serangan Selangor FC masih memuaskan hati apabila pasukan Lembah Klang berkenaan sudah meledak 21 gol dalam 11 perlawanan, dengan hanya Johor Darul Ta'zim (JDT) memiliki rekod lebih baik.

Jumlah itu dapat dicatat memandangkan skuad Gergasi Merah memiliki lambakan pemain serangan berkualiti, terutamanya Ronnie Fernandez yang sudah mencatat lapan gol dalam saingan berkenaan.

Catatan berkenaan juga menyaksikan pasukan Lembah Klang itu berada dalam landasan terbaik untuk layak ke pentas Asia buat tahun kedua berturut-turut dengan jurang besar disaksikan berbanding Terengganu FC di tangga ketiga.

BACA LAGI: Wilmar Jordan beri hint ucap selamat tinggal, semoga tak jadi jelmaan Obiozor bila ke Perak

BACA LAGI: Terlepas Wilmar Jordan, Perak sekadar tangkap muat rekrut Clayton jadi pengganti

2572865

Jordan pernah disebut-sebut sebagai rekrut baharu skuad TBG sebelum permulaan musim 2024/25.

Bagaimanapun, penyokong pasukan Merah Kuning tersebut seperti masih belum berpuas hati dengan prestasi barisan serangan yang masih tumpul, lebih-lebih lagi dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two.

Selain kerap mensia-siakan peluang, Ronnie yang mengetuai jentera pasukan seperti buntu setiap kali menerima hantaran daripada rakan sepasukan dengan Selangor FC hanya menjaringkan dua gol dalam dua aksi Kumpulan H.

Jadi, tidak hairanlah apabila terdapat khabar angin bertebaran di media sosial mengatakan skuad bimbingan Nidzam Jamil itu akan menerima penyerang baharu meskipun jendela perpindahan sudah ditutup.

Antara pemain dikaitkan dengan pasukan itu ialah bintang Chennaiyin FC, Wilmar Jordan yang sebelum ini pernah disebut-sebut akan disambar Perak FC sebelum permulaan kempen Liga Super 2024/25.

45568350225787Websiteee (1)

Skuad Gergasi Merah sudah cukup memuaskan ketika ini. Selangor FC

Peledak bertubuh sasa berkenaan pasti dapat membantu Selangor FC di kempen ACL Two melihat kepada rekod jaringannya selain pengalaman beraksi di sekitar Asia bersama beberapa pasukan.

Berdasarkan catatan sepanjang kariernya, pemain kelahiran Colombia tersebut sudah menjaringkan 102 gol dan 23 bantuan jaringan sepanjang 270 penampilan untuk kelab-kelab disertainya.

Malah, melihat kepada rekod disiplinnya, Jordan tidak mempunyai sebarang isu kerana dia hanya dibuang padang sebanyak sekali, iaitu ketika beraksi untuk NorthEast United di India.

Menariknya, layangan kad merah itu terhasil ketika aksi menentang Mumbai FC tahun lalu selepas penyerang berusia 33 tahun terbabit didapati menyiku bekas bintang JDT, Jorge Pereyra Diaz.

Tindakan itu dipercayai diambil memandangkan pasukannya ketinggalan empat gol sebelum wisel separuh masa pertama ditiup dengan dia gagal mengawal emosi di laman sendiri.

Meskipun tidak mendatangkan sebarang kecederaan serius, kelakuannya itu sudah cukup untuk memaksa pengadil melayangkan kad merah ketika Diaz masih terbaring menahan kesakitan.

Selepas itu, Jordan tidak lagi terlibat dalam insiden sedemikian berikutan penggantungan tiga perlawanan dialaminya dengan dia berjaya mengembalikan rentak cemerlang dalam Liga Super India.

Jika prestasi tersebut diteruskan, dia pasti akan terus berada dalam radar Selangor FC yang akan terus bercita-cita memperkukuhkan pasukan bagi bersaing di peringkat domestik mahupun Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram