[VIDEO] Aksi Haaland baling bola ke kepala Gabriel tidak disedari pengadil lepas Man City ikat Arsenal


  • Podium
  • Isnin, 23 Sep 2024

Tangkap layar video memaparkan tindakan Erling (kiri) yang membaling bola tepat pada kepala Gabriel (kanan).

TINDAKAN pemain Manchester City, Erling Haaland yang membaling bola tepat pada kepala Gabriel Magalhaes mengundang kemarahan ramai ketika perlawanan menyaksikan pasukan itu menentang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester, United Kingdom pada Isnin.

Selepas penyamaan dramatik dilakukan oleh John Stones, Erling dilihat mengambil bola yang berada di belakang jaring gol.

Erling kemudiannya membaling bola tersebut ke arah kepala Gabriel yang ketika itu menutup mukanya dengan baju kerana kecewa apabila John berjaya mengikat Arsenal pada minit terakhir dengan keputusan seri 2-2.

BACA LAGI: Coach MSS Selangor tak halang 'ubi muda' ke JDT, bukti Selangor kilang pemain

BACA LAGI: Siap jumpa TMJ, tetamu VIP saksikan JDT pesta gol benam Kelantan

Tindakan itu bagaimanapun tidak disedari pengadil sebelum kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan membawa pulang satu mata.

Dalam perlawanan itu, Arsenal beraksi dalam separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Leandro Trossard dikeluarkan dari padang hanya beberapa saat untuk berusaha membuat kekalahan pertama Man City di laman sendiri.

Namun, Man City tidak berdiam diri apabila John membuat langkah pantas menjaringkan gol kedua buat pasukan itu di saat-saat terakhir.

Ia secara tidak langsung membuatkan pasukan kendalian Pep Guardiola berada di kedudukan selesa sementara Arsenal kekal di kedudukan keempat.

John berkata, dia cuba untuk sentiasa bersemangat dan bersikap positif ketika berdepan dengan perlawanan besar seperti itu.

"Selama bertahun-tahun kami belajar sebagai satu pasukan untuk kekal bersama, tidak kira siapa yang bermain dan sentiasa bersedia.

"Saya pasti anda telah mendengar pengurus mengatakan itu berkali-kali. Saya datang dan cuba berada di dalam kotak untuk lebih banyak lakukan hantaran lincah," katanya.

Dalam pada itu, insiden Erling bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada warga maya yang beranggapan bahawa ia satu tindakan tidak profesional oleh pemain bola sepak.

"Erling tak profesional, patut terima kad," komen Muammar Rahim.

"Kenapa perlu sakit hati, Arsenal tak kalah pun dalam perlawanan itu, pertahanan Arsenal sangat baik," kata Sasikumar Ramakrishnan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram