Sudah ada nama, JDT nekad ‘sailang’ beberapa bintang Selangor jika berpeluang


  • Podium
  • Ahad, 06 Okt 2024

Garcia ketika meraihkan kejuaraan Piala Futsal Malaysia 2024 bersama para pemainnya. — Facebook/FAM

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka merupakan ‘raja futsal’ negara selepas menjulang Piala Futsal Malaysia 2024 setelah menewaskan Selangor FC pada Ahad dengan keputusan 3-2 di Axiata Arena dekat Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam aksi berkenaan, bintang import JDT iaitu Bruno Taffy berjaya meletakkan JDT di hadapan seawal minit keempat permainan sebelum Syahir Iqbal menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat 1-1 di babak pertama.

Dua jaringan daripada Firdaus Ambiah dan Azwann Ismail di separuh masa kedua memastikan Harimau Selatan untuk mendahului perlawanan meskipun Selangor bangkit merapatkan skor hasil gol Aidil Sharin di penghujung babak perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman

BACA LAGI: Coach Pahang tidak puas hati nombor 3, buru pemain baharu MPFL 2025

Walaupun Selangor tewas tipis di tangan juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 itu namun kualiti beberapa pemain skuad Gergasi Merah menarik minat pengendali JDT, Miguel Garcia.

“Permainan yang diberikan Selangor sangat berkualiti. Pemain tempatan mereka memang sangat berkualiti. Tapi sukar untuk saya menyebut nama. Saya sebut nombor 24 (Syahir Iqbal) adalah seorang pemain yang sangat baik. Dia merupakan pemain muda dengan satu masa depan.

“Pemain yang bernombor tujuh (Muhammad Faris) pun sangat bagus. Pemain yang nombor 10 (Syed Aizad) pun apa kurangnya, pemain yang sangat bagus dan mempunyai daya saing yang kuat,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perlawanan.

Sehubungan dengan itu, pengendali Harimau Selatan berkenaan turut tidak menafikan hasratnya untuk membawa masuk pemain berkualiti Selangor tersebut ke kem JDT bagi saingan MPFL musim depan.

WhatsApp Image 2024-10-06 at 22.52.51

Selangor dinobatkan sebagai naib johan Piala Futsal Malaysia 2024. — Facebook/FAM

Bagaimanapun, Garcia menyedari hakikat bahawa sukar untuk ‘meminang’ pemain berkualiti dari Selangor lagi-lagi jika seterus mereka itu sudah mempunyai rancangan untuk menyambung kontrak tonggak mereka.

“Selangor mempunyai pemain yang bagus. Untuk membawa masuk pemain mereka, pihak JDT perlu menyemak semula posisi yang perlu ditambah baik. Selangor susah untuk dibawa masuk sebab pemain mempunyai kontrak dengan mereka.

“Buat masa ini, saya menghormati pemain saya yang telah memberi dua kemenangan untuk saya. Saya rasa lebih baik untuk saat tidak bercakap mengenai situasi tahun depan. Saya hanya mahu raikan kemenangan ini dengan pasukan saya,” jelasnya.

Ini merupakan kejuaraan pertama buat JDT dalam saingan tersebut setelah kecewa tewas di pentas akhir Piala Futsal Malaysia 2023 di tangan Pahang Rangers menerusi penentuan sepakan penalti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram