[VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman


  • Podium
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Asnawi berjaya menghalang Alejandro Garnacho ketika perlawanan Indonesia menentang Argentina dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 19 Jun tahun lalu.

MEDIA Indonesia percaya bahawa pertahanan Sang Garuda, Asnawi Mangkualam hanya satu-satunya pemain yang mampu menghalang kelincahan Arif Aiman Hanapi.

Baru-baru ini, kelibat pemain berusia 22 tahun itu menjadi bualan hangat apabila menjadi watak penting Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE)

Arif berjaya menjaringkan dua gol ketiga bertemu Shanghai Port sebelum menambah koleksi jaringan berdepan Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim.

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa berat sebelah, pengadil Indonesia pengsan ditumbuk pemain berang

BACA LAGI: [VIDEO] Akui berdarah Indonesia, Mahali Jasuli pemain warisan pertama bantu Harimau Malaya angkat piala

Media Indonesia, Berita Sepakbola Dunia berkongsi klip aksi Arif Aiman beraksi menentang Indonesia dalam saingan Piala AFF 2020 ketika pemain itu baru berusia 18 tahun.

Arif yang beraksi sebagai pemain sayap kiri berdepan dengan kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam dengan Indonesia melakar kemenangan 4-1 ke atas Harimau Malaya.

Media Indonesia percaya kelincahan Arif Aiman hanya mampu dihalang oleh Asnawi yang kini beraksi di Thailand bersama Port FC.

"Waktu pemain bintang Malaysia, Arif Aiman dihalang oleh Asnawi Mangkualam,” jelas hantaran tersebut.

Pemain kebangsaan Harimau Malaya itu merupakan watak penting JDT sejak beberapa musim kebelakangan ini sementara Asnawi mula mendapat tempat di Thailand.

Port FC bagaimanapun beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) sementara JDT beraksi di pentas tertinggi iaitu ACLE.

Sebelum ini, Asnawi berjaya menghalang Alejandro Garnacho ketika perlawanan Indonesia menentang Argentina dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 19 Jun tahun lalu.

Ketika itu Asnawi menjadi topik utama penyokong dunia bola sepak susulan aksinya ketika mengawal bintang Manchester United itu sehinggakan ramai mengaitkan pemain tersebut dengan beberapa kelab Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram