Coach Pahang tidak puas hati nombor 3, buru pemain baharu MPFL 2025


  • Podium
  • Ahad, 06 Okt 2024

Barisan pemain Pahang Rangers yang diturunkan menentang KL City. — Facebook/FAM

KEMENANGAN Pahang Rangers ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC dengan keputusan 4-2 bagi saingan tempat ketiga final Piala Futsal Malaysia 2024 rupanya tidak menggembirakan pengendalinya, Luis Fonseca.

Pahang Rangers meraih kemenangan ke atas pasukan Lembah Klang berkenaan menerusi dua jaringan dari Harith Na’im dan Amiro Izzat serta Tuah Eizlan masing-masing menyumbang satu gol.

Fonseca yang baru sahaja dilantik pada hujung Ogos lalu sebenarya mengharapkan pasukan bimbingannya untuk mara ke pentas final namun apakan daya mereka terlepas selepas tewas di tangan Selangor pada pusingan separuh akhir.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman

BACA LAGI: Fabrizio Romano petik nama JDT, TMJ 'masuk' beri respons emoji hati merah, biru

WhatsApp Image 2024-10-06 at 18.22.45

Pengendali Pahang Rangers, Luis Fonseca.

“Saya tidak puas hati dapat nombor tiga. Tetapi saya lebih suka berada di kedudukan ketiga daripada nombor empat. Saya tiba lewat ke Pahang, saya hanya berada di sini selama hampir dua bulan.

“Tetapi mendapat kedudukan ketiga, saya tidak terlalu gemarkan perkara itu. Selepas ini, kami akan lebih menyediakan pasukan untuk kejohanan pada musim seterusnya,” katanya kepada Majoriti.

Walaupun kejohanan Piala Futsal Malaysia 2024 baru berakhir namun ia bukan alasan untuk pasukan berkenaan berehat sebaliknya sudah bersedia untuk membentuk pasukan yang lebih kuat.

Fonseca menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat pemain baharu bagi mencabar saingan sengit dari dua pasukan gergasi futsal tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada musim depan.

“Kita perlukan beberapa pemain baru dan pemain tempatan yang berkualiti. Tetapi, saya gembira dengan kumpulan ini sekarang cumanya Pahang Rangers perlu menjadi lebih baik.

“Johor dan Selangor berada di peringkat berbeza daripada pasukan lain. Oleh itu, kita perlu mengubah segala-galanya sama ada dari segi kelab mahupun di peringkat akademi,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram