WARTAWAN terkenal di dunia, Fabrizio Romano memuat naik tentang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pasukan itu menandatangani kontrak bersama bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez pada Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh laman rasmi media sosial JDT selepas khabar angin bertiup kencang di beberapa platform berkenaan pemain berstatus ejen bebas itu akan ke bumi Darul Takzim.
Selepas pengesahan itu, Romano terus melaporkan status bekas pemain Sepanyol tersebut disusuli media antarabangsa yang lain.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman
BACA LAGI: Penyokong Perak 'update' hujan makin lebat, anggap pasukan lagi 'terer', ada kelebihan jumpa JDT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 5, 2024
Tonggak berusia 31 tahun itu bergelar ejen bebas selepas tidak lagi bersama kelab Brazil dan membawa haluan ke Malaysia.
"Bekas penyerang Real Madrid, Jesé Rodríguez menandatangani kontrak untuk kelab Malaysia Johor Darul Ta’zim F.C.
"Penyerang berusia 31 tahun telah bersetuju dengan syarat dan perjanjian itu telah selesai,” ciap Romano.
Malah pemilik JDT, Tunku Ismail Idris turut memberikan reaksi semula dengan ciapan yang dimuat naik oleh Romano itu dalam laman X milik baginda.
Kini, Harimau Selatan terus menjadi bualan peminat Eropah apabila beraksi cemerlang di pentas Asia disusuli kehadiran Jese Rodriguez.
Perpindahan pemain berusia 31 tahun itu sekali gus memperkuat jentera serangan skuad Harimau Selatan menghadapi baki saingan liga seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim ini.
Sebelum menyertai JDT, Rodriguez beraksi untuk kelab Brazil, Coritiba (2023), Real Madrid (2011-2016) dan Stoke City (2017-2018), dia juga pernah beraksi untuk Sampdoria (2023), Ankaragucu (2022-2023), Real Betis secara pinjaman (2019), Paris Saint-Germain (2016-2020), Las Palmas (2017) dan Sporting Lisbon (2019-2020). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram