BINTANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez mengakui teruja untuk memulakan cabaran baharu bersama Harimau Selatan.
Pemain berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan secara percuma selepas bergelar ejen bebas sejak awal tahun ini.
Kali terakhir Jese beraksi bersama kelab Brazil, Coritiba sebelum bakal beraksi di benua Asia bersama Harimau Selatan dengan menyarung jersi nombor 33.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman
BACA LAGI: Fabrizio Romano petik nama JDT, TMJ 'masuk' beri respons emoji hati merah, biru
Menerusi media sosial miliknya, Jese mengakui teruja mendapat peluang beraksi di JDT dengan itu dia mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pemilik Harimau Selatan, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
“Amat gembira dengan peluang baharu dalam bola sepak yang diberi kepada saya, hari ini saya memulakan pengembaraan di kelab handalan Johor Darul Ta'zim.
"Saya pasti kita akan raih lebih banyak kejayaan bersama, tidak sabar untuk bermula. Bersyukur atas kepercayaan (yang diberi) anda, Bos TMJ,” katanya dalam satu catatan di media sosial.
Muy feliz por esta nueva oportunidad que me da el fútbol, hoy empiezo mi nueva aventura en un club top @OfficialJohor Estoy seguro que conseguiremos muchos éxitos juntos, ansioso por empezar. Agradecido por tu confianza Boss @HRHJohorII Gracias!
Very happy for this new... pic.twitter.com/DzPCVdjKIF
— JeseRodriguez10 (@JeseRodriguez10) October 5, 2024
Sebaik hantaran tersebut dimuat naik, rakan lama Jese mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
Antara bintang-bintang besar yang mengucapkan selamat maju kepadanya adalah Marc Bartra, Sergio Canales, Cristian Tello dan Jeison Murillo.
Malah bekas pemain sayap JDT, Aaron Niguez turut mengucapkan maju jaya kepada bekas bintang Real Madrid itu.
Ini kali pertama Jese beraksi di benua Asia selepas menghabiskan sebahagian besar kariernya di Eropah.
Antara bekas kelabnya ialah Real Madrid, Sampdoria, Stoke City, Paris Saint-Germain dan Sporting Lisbon.
Rodriguez menjadi tonggak import terbaru Harimau Selatan selepas Jorge Obregon, Park Jun-heong, Andoni Zubiaurre, Eddy Israfilov, Iker Undabarrena dan Enzo Lombardo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram