PERLAWANAN tertunda melibatkan Perak FC dan Johor Darul Ta'zim sekali ditangguhkan akibat permukaan padang yang tidak baik susulan hujan lebat sejak petang Sabtu (5 Oktober).
Sebelum ini, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu ditunda pihak Malaysia Football League (MFL) akibat hujan lebat serta permukaan padang yang tidak memuaskan di Stadium Ipoh ketika itu.
Aksi yang sepatutnya dimainkan pada pukul 8:15 malam ditangguhkan selama 30 minit untuk melihat keadaan padang yang terkesan akibat hujan lebat sebelum ditunda ke hari lain.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman
BACA LAGI: Fabrizio Romano petik nama JDT, TMJ 'masuk' beri respons emoji hati merah, biru
Para peminat yang hadir ke stadium terus sabar menanti aksi bersambung sehingga 8.45 sebelum sesi pemeriksaan dijalankan.
Malangnya aksi terpaksa ditangguhkan sehingga 9.15 malam menyaksikan para penyokong sudah mula tidak senang duduk sebelum MFL mengesahkan perlawanan itu ditunda buat kali kedua ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Melihat keputusan itu, sebuah laman Facebook TBG Super Fan menyatakan pasukan tuan rumah tidak minta untuk menangguh perlawanan.
"Kami tak minta tangguh game, kami dah sedia dah."
Manakala bekas Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Ariesham turut berpendapat keputusan penundaan perlawanan itu tidak masuk akal.
"Confirm game tunda, inilah keputusan paling 'b***gs**," katanya.
Manakala penundaan perlawanan itu juga memberi kesan kepada penyokong JDT yang hadir jauh untuk melihat aksi antara kedua-dua pasukan.
"Kesian penyokong kita yang 'awayday' dua kali dah macam ini. Johor ke Perak bukan dekat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram