"MEREKA kata ada kejutan dari Dubai."
Itulah info yang diterima oleh Majoriti daripada sumber terdekat pasukan Kedah Darul Aman FC selepas Sang Kenari dilanda dengan masalah tunggakan gaji sejak awal musim ini.
Tambahnya lagi, pemilik Kedah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar kini sudah hampir dua minggu berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk dipercayai menyelesaikan beberapa urusan.
BACA LAGI: Fabrizio Romano petik nama JDT, TMJ 'masuk' beri respons emoji hati merah, biru
BACA LAGI: 'Permainan makin merudum', fans Terengganu tuding jari pada pemain, pengurusan
"Ya, tapi tak tahulah Tan Sri dah pergi dekat dua minggu dah," katanya kepada Majoriti.
Ini bukanlah perkara asing buat Kedah untuk mendapatkan penajaan daripada syarikat dari luar negara kerana musim lalu pihak pengurusan berjaya mendapat tajaan dari UAE.
Syarikat antarabangsa dari UAE, Bin Zayed International diumumkan sebagai penaja utama pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Selain itu, mereka juga menerima penajaan selama setahun dari Kensana Health, syarikat yang memiliki latar belakang phytopharmaceutical berasal dari Kanada dan beroperasi di Jerman dan Australia pada musim lalu.
Kepercayaan syarikat asing dalam menyuntik pendanaan kelab adalah sangat penting untuk meneruskan jenama kelab bola sepak Sang Kenari.
Terdahulu, Daud Bakar mengesahkan pasukan itu berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak sejak Ogos 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram