KEADAAN hujan yang masih berterusan di Stadium Ipoh, Perak bagai rahmat buat penyokong-penyokong Perak FC menjelang perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu (5 September).
Perlawanan yang sepatutnya dimainkan pada 17 Ogos lalu ditunda akibat hujan lebat sehingga sukar untuk mana-mana pemain beraksi dengan permukaan padang yang tidak baik.
Penganjur Liga Super, Malaysia Football League (MFL) memutuskan perlawanan itu dimainkan pada 5 Oktober sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada Harimau Malaya menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah rantai Garnacho, media Indonesia percaya cuma Asnawi seorang mampu kekang Arif Aiman
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Jese Rodriguez ke JDT, Selangor pernah dapat sentuhan bekas pemain Real Madrid
Namun begitu, menerusi ruangan komen laman Facebook rasmi Perak FC rata-rata penyokong mula mengemaskini keadaan padang susulan hujan lebat yang tidak berhenti di sekitar Ipoh.
Penyokong turut meluahkan rasa kebimbangan mereka jikalau insiden sebelum ini berlaku semula.
Terdapat penyokong lain juga berpendapat, permukaan padang ketika hujan juga boleh memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah sekurang-kurangnya mengutip satu mata berharga.
Keadaan semasa di Stadium Perak menjelang sepak mula Perak vs JDT pada jam 8.15pm.
Hujan masih turun di Ipoh.@ASTROARENA pic.twitter.com/ilCzA40RSH
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 5, 2024
"Kuala Lumpur hujan lebat dah ini, harap-harap nanti sampai Ipoh hujan dah reda," kata Osman Sajjad.
"Kalau hujan Perak lagi 'terer'," jelas Lima Lapan.
"Sudah mendung dan gelap, semalam hujan lebat betul. Semoga semuanya dipermudahkan hari ini," ujar Darul Azuan.
Untuk rekod, kali terakhir JDT tewas di Stadium Ipoh pada 2017 yang mana ketika itu Yashir Islame dan Vladislav Mirchev berjaya menjaringkan gol untuk menutup keputusan dengan 2-1 sekali gus membawa pulang tiga mata penuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram