'Permainan makin merudum', fans Terengganu tuding jari pada pemain, pengurusan


  • Podium
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Aksi perlawanan Liga Super antara Terengganu dan PDRM yang berkesudahan dengan seri. — Facebook/TFC

TERENGGANU FC terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 berdepan PDRM FC dalam aksi minggu ke-12 Liga Super di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat (4 Oktorber).

Pemain import Skuad Penyu berusia 34 tahun, Nelson Bonilla, terdahulu membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-44 selepas rembatannya menewaskan Bryan See Tian Keat.

Walaupun PDRM berjaya merancang beberapa serangan tetapi tidak berjaya diterjemahkan melalui jaringan hingga tamat 45 minit pertama.

BACA LAGI: Tak mahu kekecohan berulang, polis kerah 500 anggota kawal aksi Perak-JDT di Ipoh

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Jese Rodriguez ke JDT, Selangor pernah dapat sentuhan bekas pemain Real Madrid

Separuh masa kedua menyaksikan Chidi Osuchukwu berjaya menyamakan kedudukan buat Skuad Sang Saka Biru pada minit ke-53 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Beberapa serangan berbahaya yang dirancang skuad kendalian Badrul Afzan ke benteng pertahanan PDRM tidak berjaya menambah jaringan dalam separuh masa kedua untuk kedudukan terikat 1-1 hingga wisel penamat.

Namun begitu, penyokong Terengganu jelas tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan pemain-pemain Sang Penyu.

Meskipun sudah memecat Tomislav Steinbruckner, persembahan Terengganu masih belum mendapat mencuri perhatian penyokong pasukan.

Malahan ada yang mula menuding jari kepada pemain dan pihak pengurusan kerana gagal menguruskan pasukan dengan baik untuk musim ini.

"Salah pemain dan pengurusan Terengganu, makin merudum permainan," kata Mohd Mohd.

"Tak perlu mimpi nak angkat Piala Liga Super kalau macam ini corak permainan, patutlah rosak bola sepak Terengganu," ujar Hafeez Ismail.

"Salah penyokong sebab terlalu mendesak, sedangkan tahu sebenarnya pemain yang bermasalah.

"Tengok kualiti hantaran ke depan gol, susah pemain nak dapat bola, lepas itu masa ambil sepakan percuma dan penjuru pemain semua kecil-kecil.

"Ismaheel Akinade sahaja yang tinggi, terpaksa main bola bawah dekat situ kita dah rugi," jelas A Lang A Pin.

Untuk info, Terengganu kekal di tangga ketiga liga dengan 17 mata manakala PDRM berada di kedudukan kelima dengan 15 mata selepas 11 perlawanan liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram